Kereta mewah bukan sahaja menarik perhatian kebanyakan orang, malah bagi kaum adam ia adalah impian seumur hidup yang pasti cuba sedaya upaya untuk mengecapinya. Namun bagi Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang sukakan idea kreatif bertindak menghiasi kereta Jaguar miliknya dengan melekatkan lebih 4,600 kereta mainan yang dikumpulnya sejak kecil lagi. Memetik laporan mStar, jelas ahli perniagaan yang berumur 34 tahun ini, jaguar itu adalah kereta mewah yang pertama dimilikinya dan ada nilai sentimental tersendiri, jadi dia mengambil keputusan untuk berbuat demikian. "Kira-kira RM20,000 untuk menghiasi kereta mewahnya menggunakan gam khas dan ia siap dalam masa tiga minggu," katanya.
Hasil kreativitinya itu menyebabkan orang ramai sering kali mengambil kesempatan bergambar dengan kenderaan mewah itu di mana sahaja dia meletak kereta berkenaan. "Setakat ini, tidak banyak kereta yang dilekatkan itu hilang dan untuk mengelak ada yang hilang saya perlu meletakkan kereta ini di tempat selamat," katanya. Mahadi berkata, sejak mula memandu kereta yang siap dihias itu pada Januari, banyak tawaran untuk membeli kenderaan itu diterima. "Saya tidak akan menjual kereta ini kerana ia memang kereta impian saya sejak muda lagi," katanya.- CARI
|
42
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
28
Sedih |
25
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 7-7-2017 03:57 AM
ni geng2 insurans. laki ni ada lambo.
ingat tak lambo gallardo akciden kt kuantan ada budak perem ...
Themilo replied at 7-7-2017 12:48 PM
Dia buat insurans gak ke?
Zaman meols buat unit trust dulu, heols dengan adik lelaki dia top sa ...
Ayda89 replied at 7-7-2017 02:38 PM
Ni kalau terparking kat rumah aku ni, habis kena kopek hotwheels tu semua sbb geram nengoknga comel ...
ADVERTISEMENT