Susulan seorang gadis berbangsa Melayu yang dikenali sebagai Nurhanizah Abdul Rahman memuat naik cerita tentang dia dan anjingnya di Facebook awal minggu ini. Akibatnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kelmarin mengeluarkan kenyataan di Facebook dan Twitter menasihat gadis terbabit untuk berhenti menjaga anjing peliharaannya. Memetik laporan FMT, dalam kenyataan itu, Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha meminta agar gadis itu bertaubat kerana tindakannya boleh menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam. "Ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan 'uruf (kebiasaan), adat di Malaysia. Perbuatannya seolah-olah dia cuba memulakan budaya baharu yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam."
Beliau juga berkata, di dalam Islam anjing juga makhluk Tuhan dan menentang sebarang perbuatan membahayakan, membunuh atau kejam kepada mereka. Bagaimanapun, beliau masih menasihatkan Nurhanizah untuk merujuk kepada Jakim mengenai peraturan Islam untuk menjaga anjing. Difahamkan pada 1 Julai, Nurhanizah berkongsi kisahnya dengan seekor anjing liar diberi nama Bubu yang diselamatkannya di Facebook untuk satu pertandingan anjuran jenama makanan haiwan, Smart Heart. Dalam postingnya, Nurhanizah juga meminta pengguna Facebook lain untuk mengundi beliau dan Bubu, mendapat maklumbalas negatif.- CARI
|
23
Bagus |
24
Marah |
32
Terkejut |
27
Sedih |
26
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT