Seorang remaja maut tersepit lif ketika sedang memunggah barang di sebuah kedai perkakas di Jalan Pekan Pendang Baru, Kedah. Memetik laporan Bernama, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 3 petang Selasa. Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mangsa Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, berasal dari Kampung Paya Palas, Kuala Rimau ditemukan dalam keadaan tertiarap di mana bahagian bawah badan berada di dalam lif manakala bahagian dada ke atas terjulur ke tingkat bawah. Bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mangsa. Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat. Sementara itu, bapa mangsa, Zaini Saad, 45, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan kerja anaknya yang datang ke rumahnya di Kampung Paya, Kuala Rimau. Zaini berkata anak sulungnya itu baru saja bekerja di kedai terbabit sejak empat bulan lalu bagi membantu keluarga dan tiga adiknya selepas berhenti kerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. Zaini berkata mayat anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kuala Rimau, Pendang selepas proses bedah siasat selesai.- CARI |
16
Bagus |
32
Marah |
12
Terkejut |
30
Sedih |
31
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
susukambingbest replied at 5-7-2017 10:46 AM
Inna lillahi wainna ilaihirojiun, takziah kluarga adik ni. Msti seorg ank yg baik.
"Ketika bomba ...
shernazz replied at 5-7-2017 11:08 AM
btw
budak ni x sekolah ke?
sebab sebelum ni katanya bekerja di kuala lumpur kan
ADVERTISEMENT