CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7813|Reply: 93

Melihat Mayat Anak Tersepit Lif, Bapa Mangsa Longlai Tapi Reda

[Copy link]
Post time 5-7-2017 10:13 AM | Show all posts |Read mode


sumber : Malaysiakini



Seorang remaja maut tersepit lif ketika sedang memunggah barang di sebuah kedai perkakas di Jalan Pekan Pendang Baru, Kedah.


Memetik laporan Bernama, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 3 petang Selasa.


Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mangsa Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, berasal dari Kampung Paya Palas, Kuala Rimau ditemukan dalam keadaan tertiarap di mana bahagian bawah badan berada di dalam lif manakala bahagian dada ke atas terjulur ke tingkat bawah.


Bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.


Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.


Sementara itu, bapa mangsa, Zaini Saad, 45, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan kerja anaknya yang datang ke rumahnya di Kampung Paya, Kuala Rimau.


Zaini berkata anak sulungnya itu baru saja bekerja di kedai terbabit sejak empat bulan lalu bagi membantu keluarga dan tiga adiknya selepas berhenti kerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.


Zaini berkata mayat anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kuala Rimau, Pendang selepas proses bedah siasat selesai.- CARI

sumber: Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2017 10:15 AM | Show all posts
ya Allah kesiannya..niat membantu keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:19 AM | Show all posts
al fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lif rosak tak diselenggara ka...
Pintu x kemas mana boleh jln

Takziah buat famili arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bdk ni anak org berada..mmg kena saman dah syarikat lif ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kedai tu kedai Cina.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2017 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi wainna ilaihirojiun, takziah kluarga adik ni. Msti seorg ank yg baik.

"Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mangsa Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, berasal dari Kampung Paya Palas, Kuala Rimau ditemukan dalam keadaan tertiarap di mana bahagian bawah badan berada di dalam lif manakala bahagian dada ke atas terjulur ke tingkat bawah".

Bdan arwah trputus dua ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa tgk lift tu semlm kat berita mcm.lift angkut barng kt construction tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2017 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah n takziah  untuk family arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:54 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 5-7-2017 10:46 AM
Inna lillahi wainna ilaihirojiun, takziah kluarga adik ni. Msti seorg ank yg baik.

"Ketika bomba  ...

mcm terlipat kot.. huhu

kita tgk pun sedih, ini kan bapak nya lg lah sedih..

smoga syurga buat mu dik
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:58 AM | Show all posts
Ya Allah..kesiannnya
umur 16 tahun da bekerja utk bantu keluarga
semoga rohnya dicucuri rahmat dn ditempatkan bersama org2 yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:58 AM | Show all posts
Takziah buat keluarga arwah.
Sedihnya anak yang berniat membantu keluarga, meninggal di usia muda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:02 AM | Show all posts
Kesiannya....

BTW bukan reda tapi redha
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:04 AM | Show all posts
takziah buat keluarga arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
btw
budak ni x sekolah ke?
sebab sebelum ni katanya bekerja di kuala lumpur kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:10 AM | Show all posts
Takziah buat keluarga mangsa.  Siap le penyelengara bangunan nak kena menjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2017 11:11 AM | Show all posts
shernazz replied at 5-7-2017 11:08 AM
btw
budak ni x sekolah ke?
sebab sebelum ni katanya bekerja di kuala lumpur kan

macam bimbo soklan akak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lift made in china  ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:12 AM | Show all posts
takziah..kesian nya, niat nak bekerja and tolong family
umur baru 16..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Inalillah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.072130 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list