Baru-baru ini, seorang lelaki pertengahan umur difahamkan berada dalam keadaan terdesak bertindak memasuki sebuah balai polis di Bangkok dengan membawa sebilah pisau. Memetik laporan Bangkok Post, pegawai polis, Anirut Malee yang berada di balai pada ketika itu kelihatan tenang dan tidak menggunakan pistolnya untuk menangani situasi itu. Sebaliknya memilih untuk duduk di meja berhampiran dan mula bercakap sambil memujuk lelaki terbabit yang masih menghunus pisau ke arahnya untuk menyerahkan pisau itu. Tanpa disangka, lelaki itu menuruti arahan Anirut dan serta-merta menyerahkan senjata tersebut. Setelah pisau itu diserahkan, Anirut perlahan-lahan menghampiri lelaki itu dan memberikan pelukan kepada lelaki berusia lingkungan 45 tahun itu yang menangis teresak-esak.
Selepas berjaya memeluk dan menenangkannya, Anirut segera melemparkan pisau itu arah kanan. Manakala lelaki itu berulang kali memohon maaf kepada semua anggota polis yang berada di balai berkenaan. Melihat lelaki itu berada dalam keadaan tertekan, Anirut sekali lagi cuba menenangkan dan memberinya sebotol air mineral. Lelaki yang tidak dinamakan itu kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental. Difahamkan, tiada sebarang dakwaan yang akan dikenakan terhadap lelaki terbabit. Video yang dimuat naik Newsner.com itu telah ditonton lebih 53 juta kali dan dikongsi sebanyak 1,193,042 kali oleh pengguna Facebook.- CARI |
16
Bagus |
17
Marah |
24
Terkejut |
21
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
skinsandstars replied at 4-7-2017 03:48 PM
Melucukan? Sedih la sebenarnya cerita ni. N it shows how good the policeman is, how empathy is impor ...
susukambingbest replied at 4-7-2017 04:27 PM
Sedih baca wlu belum tgok video lg
batmana replied at 4-7-2017 04:33 PM
sedih la weii
psl pakcik ni main gitar cari mkn tepi jln, bekas pak guard
ngee replied at 4-7-2017 04:20 PM
lucu ke?no empathy la penulis nie
cmf_blingblings replied at 4-7-2017 04:33 PM
polis Malaysia?????
mjla replied at 4-7-2017 11:00 PM
Org patah kandar
Apa pun sanggup buat
seorang lelaki pertengahan umur difahamkan berada dalam keadaan terdesak bertindak memasuki sebuah balai polis di Bangkok dengan membawa sebilah pisau
ADVERTISEMENT