CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Van Bergerak Laju Dikejar Kereta Polis, Sebenarnya Pembikinan Filem

4-7-2017 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2997| Komen: 13

Description: Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah video yang memaparkan beberapa buah kereta polis mengejar sebuah van yang sedang melarikan diri.
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah video yang memaparkan beberapa buah kereta polis mengejar sebuah van yang sedang melarikan diri. 

Ianya sekaligus mengakibatkan beberapa buah motosikal yang diparkirkan di tepi jalan turut dilanggar termasuk hampir melanggar beberapa orang awam.



Video viral yang berdurasi 18 saat itu dirakam di Lebuh Campbell dan dimuat naik ke Facebook sehingga menimbulkan pertanyaan di kalangan pengguna maya. 

Rata-rata rasa hairan kenapa kejadian berbahaya itu dapat dirakam, apakah ia kejadian yang sebenar atau lakonan semata-mata.


Memetik laporan New Straits Times, ianya bukanlah kejadian sebenar, sebaliknya hanya lakonan sahaja untuk filem aksi Hong Kong yang akan datang. 

Menurut penerbit filem Hong Kong, Herman Yau aksi kejar mengejar itu adalah untuk rakaman filem aksinya yang bertajuk, "The Leaker".

Difahamkan, jalan tersebut juga telah ditutup sejak tengah hari Sabtu sehingga waktu petang untuk memberi laluan kepada produksi berkenaan membuat penggambaran. 

Tiada kemalangan jiwa yang berlaku semasa penggambaran itu dan orang ramai dinasihatkan berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan informasi yang berunsur palsu.- CARI

sumber : Facebook Penang

5

Bagus
6

Marah
24

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akakmasihvogue 4-7-2017 02:24 PM
OoooOooOo....
Quote chinta89 4-7-2017 02:39 PM
rakyat malaysia dan viral membabi buta berpisah tiada.
Quote miemiecha 4-7-2017 02:52 PM
kuasa viral and mesi berpisah tiadaaaa
Quote ChildrenOfBodom 4-7-2017 03:11 PM
ummah dan penyebaran fitonah berpisah tiada. cuma upgrade istilah. dolu jaman tok nadoq panggey fitonah, la jaman gst panggey viral.
Quote otai_g 4-7-2017 05:00 PM
Apa lg tgkp la penyebar viral. Kasi pengajaran skit.
Quote ~boolean 4-7-2017 05:21 PM
dengar dari bahasa, perakam/uploader macam cina..
tak menarik untuk dihencap..
uploader melayu baru best
boleh hencap sambil kaitkan dengan agama sambil mengutuk ummah melayu dan fitnah berpisah tidak...
tapi sebab ini cina....nextttt!!!



Quote cmf_blingblings 4-7-2017 05:24 PM
Anna and The King dulupun area tu juga dulu....hujung jln tu ada masjid kapitan Keling, office aku depan tu dulu
Quote Voyagers 4-7-2017 05:29 PM
dalam berita cakap, tauke tauke kedai sepanjang jalan tu, penerbit filem bagi RM400 untuk setiap kedai

tauke kedai tak puas hati sebab dapat rm400 je
mereka nak lebih sebab katanya mereka rugi lagi banyak sebab jalan tutup
Quote dubuk 4-7-2017 08:24 PM
next!!               
Quote dubuk 4-7-2017 08:26 PM
tahi hidung masin punya penerbit
Quote Tehtarik2017 5-7-2017 09:09 PM
Semua suka nak upload...
Quote Lagubestbest 5-7-2017 09:42 PM
Huish sket lagi nak kena langgar abang tu
Quote berusjamban 5-7-2017 10:56 PM
Xnampak ke kamera? Bangang!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054864 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top