Susulan keputusan memberikan kelonggaran syarat kelayakan Bahasa Melayu (BM) untuk pelantikan jawatan doktor pelatih kerajaan, perkara tersebut mengundang pertikaian pelbagai pihak terrmasuk mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menganggap ianya satu bentuk ancaman ke atas identiti negara. Sehubungan itu, bagi ahli politik yang tidak fasih berbahasa Malaysia walaupun membesar di Malaysia beliau, tanpa menamakan mana-mana pihak, beliau mencadangkan golongan tersebut perlu ditolak pada pilihan raya akan datang. “Kelompok yang seperti ini sepatutnya tidak diberikan ruang dalam politik negara ini. Mereka ini akan menghilangkan identiti negara kita. Menjelang pilihan raya ini pastikan calon yang bakal dihantar ke DUN dan Parlimen kita dapat bertutur dengan baik dalam bahasa rasmi Malaysia,” katanya dalam muat naik di Facebook.
Dalam pada itu keputusan Kementerian Kesihatan melonggarkan syarat kelulusan subjek BM di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut dipersoalkan Datuk Asri dengan memuat naik respons beberapa ahli akademik di akhbar Utusan Malaysia. Tambahnya, warga Bangladesh yang baru beberapa bulan di Malaysia pun sudah boleh bertutur Bahasa Melayu. “Patutkah ada orang Malaysia yang hidup membesar di sini tetapi tidak fasih bahasa Melayu?” Malaysia “adalah Tanah Melayu maka Bahasa Melayu antara identitinya”, tegas Datuk Asri.- CARI |
8
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabbath_shalom replied at 2-7-2017 03:57 PM
Memang patut pon....nanti kalau miscommunication... Salah bagi ubat sekali dengan KKM kena saman.... ...
ADVERTISEMENT