CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat AirAsia X Patah Balik Selepas Terlanggar Burung Di Australia

4-7-2017 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2976| Komen: 17

Description: Pesawat AirAsia X dari Coolangatta di Gold Coast, Australia terpaksa berpatah balik selepas mengalami kerosakan enjin, dipercayai akibat dilanggar burung, tidak lama selepas berlepas.

sumber : internet


Pesawat AirAsia X dari Coolangatta di Gold Coast, Australia terpaksa berpatah balik selepas mengalami kerosakan enjin, dipercayai akibat dilanggar burung, tidak lama selepas berlepas.

Memetik laporan Bernama, pesawat D7207 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu membawa 345 penumpang dan 14 anak kapal berlepas dari Australia pada 10.20 malam tadi.

Ia mendarat dengan selamat kembali ke Lapangan Terbang Brisbane pada 11.33 malam.

Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Dua bangkai burung turut ditemui di landasan. 



Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, pihaknya akan mengaturkan penerbangan khas bagi membawa semua penumpang pesawat D7027 selamat sampai ke Kuala Lumpur secepat mungkin.

Pada 26 Jun, penerbangan AirAsia X D7237 terpaksa kembali ke Perth, 90 minit selepas berlepas ke Kuala Lumpur selepas mengalami kegagalan enjin.- CARI

sumber : Malay Mail Online

9

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 4-7-2017 09:36 AM
kesian burung
Quote chinta89 4-7-2017 10:11 AM
nasib baik x jadi apa2....
Quote saladin780 4-7-2017 10:18 AM
Knp byk problem air asia ni kat australia??
Quote Nokiaman 4-7-2017 10:28 AM
Air Asia dan Australia...Nasib Tiadaaa....

Quote Skuau 4-7-2017 10:52 AM
harrypoter replied at 4-7-2017 09:36 AM
kesian burung

Ya kan...kapal terbang telah 'menceroboh' ruang udara mereka...burung dh beribu tahun terbang d udara berbanding kapal terbang....air asia pt di saman kerana 'menceroboh dan membunuh'.   
Quote kelana36 4-7-2017 10:52 AM
Bad luck for AAX kat Australia. Dah la CASA dok cari salah jer memanjang. Btw good job crew.
Quote Tapayana 4-7-2017 10:57 AM
dulu 2014 pun jadi benda sama kat Fire Fly. burung langgar dia punya punya enjin. dahla masa tu mh370 tgah panas
Quote shasha79 4-7-2017 03:52 PM
oh my god. glad everything is ok!
Quote dodolgemok 4-7-2017 04:00 PM
Adakah Tony sedang menerima cash dri tuhan akibat drpd bongkak dulu2 time mas ditimpa bala? Anyway syukur penumpang selamat. Dodol sarankan Tony mandi bunga
Quote Siputjelly 4-7-2017 04:42 PM
Edited by Siputjelly at 4-7-2017 04:43 PM

nasib baik takde apa apa.

teringat pula movie sally / sully, based on true story. terlanggar burung. ish

Quote zorrro_03 4-7-2017 04:57 PM
dodolgemok replied at 4-7-2017 04:00 PM
Adakah Tony sedang menerima cash dri tuhan akibat drpd bongkak dulu2 time mas ditimpa bala? Anyway s ...

kau nak mamp kalau etis gila baca post kau ni? kau ingat mandi bunga boleh elak burung ka?
Quote -electrifying- 4-7-2017 05:01 PM
burung spe lak yg langgar
Quote Artemesiaa 4-7-2017 05:11 PM
Banyak pula citer pasal pesawat dari Malaysia sejak kebelakangan ni apa pun syukur le semua penumpang selamat.
Quote dodolgemok 4-7-2017 05:52 PM
zorrro_03 replied at 4-7-2017 04:57 PM
kau nak mamp kalau etis gila baca post kau ni? kau ingat mandi bunga boleh elak burung ka?

Boleh elak burung punai dari bangun waktu pagi
Quote MH3709 4-7-2017 05:53 PM
video ni after kejadian ekk...ingat kan dirakam masa depart and masa tgh kena langgar burung..hmm tak thrill lah video tu..
Quote ShiningStars 4-7-2017 08:29 PM
Nasib baik xde apa2
Quote Tehtarik2017 5-7-2017 09:13 PM
Alhamdulillah semua selamat

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.116091 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top