CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Halau Tikus, Lipas Dari Dapur Pada Raya Ini Semudah ABC

28-6-2017 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11231| Komen: 33|Original author: Oleh: Adib Za


Siapa yang tidak fobia dengan kehadiran serangga dan haiwan perosak di dalam kediaman, lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini. 

Bayangkan tetamu terlihat tikus, lipas dan semut berpesta di kawasan dapur anda. Mahu pengsan pula rasanya nanti. 

Paling tidak pun, andakan akan dicop sebagai pengotor, tidak pandai mengemas rumah sehingga menyebabkan dapur menjadi sarang pelbagai haiwan perosak.

Pening juga memikirkan cara terbaik untuk menghalau haiwan ini kan? Jangan risau, seperti yang dipaparkan menerusi laman Petua Ibu, kaedah berikut anda boleh anda cuba.

Ia mampu mengusir bukan sahaja tikus, malah pelbagai serangga perosak lain seperti siput, siput babi, kumbang, lipas dan sebagainya. 


Cara-caranya:

1. Keringkan kulit telur yang telah digunakan. 

2. Hancurkan kulit telur itu sehingga menjadi serbuk. 

3. Taburkan di kawasan yang hendak dibasmi.

4. Jika di kawasan tanaman (kebun), anda boleh menaburkan serbuk kulit telur pada sekeliling tanaman.

5. Ia mampu mengusir haiwan perosak kerana ia boleh menyebabkan mudarat pada 'mereka'. Dikatakan ketika terkena serbuk kulit telur itu, haiwan tersebut akan menggeliat, bergerak dan berputar serta akhirnya mati. 

Selamat mencuba! - CARI

Foto: Carian internet
24

Bagus
19

Marah
21

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 28-6-2017 06:36 PM
Wah menarik petuanya, tapi kalau dia mati atas bumbung susah pulak nak membuangnya
Quote RatuDunia94 28-6-2017 11:09 PM
Artemesiaa replied at 28-6-2017 06:36 PM
Wah menarik petuanya, tapi kalau dia mati atas bumbung susah pulak nak membuangnya


Jarang tikus mati atas bumbung.. Besenya dia akan mati bawah sinki, dlm bilik air, longkang or tempat2 yg ada sumber air.. Sbb bila dia makan racun dia mcm kepanasan nk mati..
Quote DaisyD 28-6-2017 11:17 PM
Dah pernah buat tapi macam tak jadi je.
Quote Teru2Bozu 28-6-2017 11:27 PM
untuk basmi cicak boleh tak? tension aku umah byk cicak.
Quote handbagpink 28-6-2017 11:55 PM
Teru2Bozu replied at 28-6-2017 11:27 PM
untuk basmi cicak boleh tak? tension aku umah byk cicak.

Rumah i pun banyak cicak..  Lipas,tikus tu alhamdulillah takda lagi la..  
Quote mirandanicky1 29-6-2017 05:41 AM
Masalahnya bila dh mati mana2 tu dah busuk baru jumpa cari..pastu nk kutip buang lg 1 hal pulak..haihh
Quote AznieBunnie 29-6-2017 10:08 AM
handbagpink replied at 28-6-2017 11:55 PM
Rumah i pun banyak cicak..  Lipas,tikus tu alhamdulillah takda lagi la..

betul! rumah kami pun byk cicak. tgh tgk tv, depa main kejar-kejar la plak, smpi terjatuh depan kami.
Quote Artemesiaa 29-6-2017 11:30 AM
RatuDunia94 replied at 28-6-2017 11:09 PM
Jarang tikus mati atas bumbung.. Besenya dia akan mati bawah sinki, dlm bilik air, longkang or t ...

Pernah terjadi tikus mati atas bumbung masa kat rumah granny jenuh uncle Art nak kena memanjat untuk buang baunya pengsan ok
Quote lolita737 29-6-2017 01:13 PM
baru2 ni tikus mati atas siling kat opis..amik masa nk hilangkan bau dia..

dah sampai ber ulat dah..
Quote handbagpink 29-6-2017 03:43 PM
AznieBunnie replied at 29-6-2017 10:08 AM
betul! rumah kami pun byk cicak. tgh tgk tv, depa main kejar-kejar la plak, smpi terjatuh depan ka ...

Geli,kan?
Dah cuba dah method letak daun pandan tapi tak jalan...
Quote KimoraHakim 29-6-2017 11:01 PM
Teru2Bozu replied at 28-6-2017 11:27 PM
untuk basmi cicak boleh tak? tension aku umah byk cicak.

nak bunuh cicak takde cara lain dah kecuali pukul kuat kuat pakai penyapu. biar mampus terus. memang la geli tapi lama lama bila semua dah mampus kita plak rasa lega.

Quote AznieBunnie 30-6-2017 09:20 AM
KimoraHakim replied at 29-6-2017 11:01 PM
nak bunuh cicak takde cara lain dah kecuali pukul kuat kuat pakai penyapu. biar mampus terus. mema ...

siling rumah tinggi. tak sampai.

dulu kerja opis lama, selalu kutip getah yg besar tu.
lastik cicak. kurang skit.
now pindah opis, tadak getah, cicak kembali berleluasa.

org kata, kalau rumah byk cicak, ada jin ye?
ke saya byk sgt baca board 'Misteri, Paranormal'?

heheheheh
Quote Teru2Bozu 30-6-2017 01:28 PM
KimoraHakim replied at 29-6-2017 03:01 PM
nak bunuh cicak takde cara lain dah kecuali pukul kuat kuat pakai penyapu. biar mampus terus. mema ...

geli la. hee.. pastu ada yg spisis beso badan bintik2. sudahnya, aku yg lari  
Quote sepiITUindah 30-6-2017 03:18 PM
bunuh cicak lipas dan lelain seranggan ....cuba guna fumakila vape
Quote matchstick 30-6-2017 04:19 PM
Rumah aku pun byk cicak..pakai ridsect trap tu letak umpan isi ayam/ ikan melekat jgk lah sekor dua. Masalahnya byk lagi cicak tu. Jenuh lah nk pasang trap tu byk2.
Yg best bila dpt tangkap cicak guna trap tu abis 3-4 org dgn adik, sepupu n abg aku dh mcm rombongan bwk trap tu nk buang ke luar rumah. Pdhal yg berani pegang adik aku sorg je. Yg lain menyibuk sambil nyakat sepupu yg kecik smpi terjerit2. Dpt cicak 2 ekor pun kecoh 1 rumah
Quote AlienGurlz 30-6-2017 09:28 PM
AznieBunnie replied at 29-6-2017 10:08 AM
betul! rumah kami pun byk cicak. tgh tgk tv, depa main kejar-kejar la plak, smpi terjatuh depan ka ...

Bela la kucing. Mesti cicak pun takut nak datang.
Quote AlienGurlz 30-6-2017 09:31 PM
Teru2Bozu replied at 30-6-2017 01:28 PM
geli la. hee.. pastu ada yg spisis beso badan bintik2. sudahnya, aku yg lari

Aku lagi geli dengan lipas berbanding cicak.   Kucing aku pernah main dengan cicak yang mati. Dia baling2 cicak tu guna mulut lepas tu terkena kat kaki aku.  
Quote Teru2Bozu 30-6-2017 11:43 PM
AlienGurlz replied at 30-6-2017 01:31 PM
Aku lagi geli dengan lipas berbanding cicak.   Kucing aku pernah main dengan cicak yang mati ...

Lipas tak ada kat umah aku. muncul skali skala je. itu pun mau setengah botol racun penyembur aku guna untuk bunuh. bagi betul2 mati baru aku rasa tenang.  
Quote AlienGurlz 1-7-2017 12:40 AM
Teru2Bozu replied at 30-6-2017 11:43 PM
Lipas tak ada kat umah aku. muncul skali skala je. itu pun mau setengah botol racun penyembur aku  ...

Hahaha. Memang susah kan nak bunuh lipas. Pukul pun lambat nak mati. Tapi sejak ada kucing senang sikit kerja aku. Suruh diaorang je kejar. Lepas dapat tangkap aku terus pukul dengan batang Catch Mop.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top