Pada hari pertama sambutan Aidilfitri, penghuni sebuah rumah panjang dua tingkat 12 pintu di Jalan Sebangkoi hilang tempat tinggal selepas rumah itu musnah dalam satu kebakaran kira-kira 10.40 pagi kelmarin. Memetik laporan Bernama, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata kebakaran di Rumah Mandau itu yang terletak 17 kilometer dari Sarikei, dipercayai bermula daripada dapur milik seorang warga emas yang sedang memasak. "Semua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya. Sepasukan Bomba dari Balai Bomba Sarikei dengan kekuatan 11 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan pada 10.50 pagi dan dibantu lapan anggota dari Balai Bomba Saratok.
Kebakaran berjaya dikawal pada 11.40 pagi dan operasi selesai pada 2.38 petang, kata jurucakap itu. Sementara itu, jurucakap Pejabat Kebajikan Bahagian Sarikei memberitahu pihaknya menyediakan makanan kering untuk 59 mangsa sebagai permulaan manakala bantuan lain akan menyusul.- CARI
|
15
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT