Sebelum ini dilaporkan seorang kanak-kanak dari India yang dikenali Roona Begum dikatakan menghidap penyakit hidrosefalus, sejenis penyakit yang menyebabkan cecair serebrospina memenuhi dalam otak sehinggakan kepalanya membesar dua kali ganda daripada kepala biasa. Memetik laporan AFP, ahli kelurganya mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia pada Ahad lalu iaitu beberapa hari sebelum menjalani pembedahan di sebuah perkampungan India selepas mengadu sukar untuk bernafas. “Dia kelihatan sihat sahaja. Tetapi pada hari itu dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan saya bergegas menghubungi suami, menyuruhnya pulang ke rumah,” kata ibu Roona, Fatima Begum. Pada 2013, Hospital New Delhi mengambil inisiatif membantu kanak-kanak itu dengan menawarkan rawatan secara percuma pada 2013 setelah melihat gambar-gambar yang telah diambil oleh jurukamera AFP di Tripura.
Keadaannya telah menyebabkan kepalanya membengkak hingga 94 sentimeter, memberi tekanan pada otaknya dan mengakibatkan ianya mustahil untuk duduk tegak.- CARI
|
1
Bagus |
2
Marah |
4
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT