Sempena Hari Raya Aidilfitri, tiga lebuhraya di bawah kendalian Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd bakal mengadakan tawaran diskaun tol. Memetik laporan portal berita autimotif Paultan, antaranya termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT, masing-masing akan dikenakan kadar diskaun tol sebanyak 60 sen dan 20 sen pada 25 Jun 2017 iaitu Ahad bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam. Manakala menurut ketua pegawai eksekutif LITRAK, Sazally Saidim, diskaun tol sebanyak 10% akan ditawarkan kepada kenderaan kelas 1 pada hari dan waktu yang sama untuk pengguna Lebuhraya Shah Alam (KESAS). "Dijangkakan kira-kira 451,000 pengguna di LDP dan SPRINT serta 220,000 pengguna Kelas 1 Lebuhraya KESAS bakal menerima faedah sempena pemberian diskaun itu."
Sejak tahun 2010 hingga 2016, hampir RM10 juta subsidi tol telah diberikan kepada pengguna LDP, SPRINT dan KESAS pada setiap musim perayaan di Malaysia.- CARI
|
8
Bagus |
23
Marah |
11
Terkejut |
21
Sedih |
12
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT