Polis Britain mengenal pasti dua daripada tiga penyerang yang terlibat dalam insiden rempuh dan tikam berhampiran London Bridge dan Borough Market di London sebagai Khuram Shazad Butt berusia 27 tahun dan Rachid Redouane berusia 30 tahun dari Barking, timur London. Memetik laporan Reuters, penolong pesuruhjaya, Mark Rowley dalam satu kenyataan berkata, unit antikeganasan hari ini menyiarkan nama dan gambar dua suspek yang ditembak mati dalam insiden serangan di London Bridge dan Pasar Borough pada Sabtu lalu. Menurut polis, Khuram Shazad Butt yang mempunyai satu lagi nama panggilan 'Abz' merupakan warga negara Britain yang dilahirkan di Pakistan. Malah dia mempunyai rekod polis sebanyak dua kali tetapi masih melancarkan serangan di jalan di London dan pernah dirakamkan mengibarkan bendera ISIS dalam siaran televisyen.
Seorang lagi dinamakan sebagai Rachid Redouane, mempunyai dua kewarganegaraan, Libya dan Maghribi. Bagaimanapun dia tiada disenaraikan di dalam radar sebagai pengganas. Rachid juga mempunyai nama lain iaitu Rachid Elkhdar yang mempunyai tarikh lahir berbeza. Pengganas ketiga masih belum dinamakan oleh Polis Metropolitan dan siasatan masih diteruskan untuk mengesahkan identiti individu lain yang bersubahat dengan penyerang berkenaan.- CARI
|
39
Bagus |
20
Marah |
22
Terkejut |
20
Sedih |
25
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT