CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 4

Dua Daripada Tiga Penyerang Di London Bridge Dikenal Pasti- Polis UK

[Copy link]
Post time 6-6-2017 10:49 AM | Show all posts |Read mode


sumber: Berita Harian



Polis Britain mengenal pasti dua daripada tiga penyerang yang terlibat dalam insiden rempuh dan tikam berhampiran London Bridge dan Borough Market di London sebagai Khuram Shazad Butt berusia 27 tahun dan Rachid Redouane berusia 30 tahun dari Barking, timur London.


Memetik laporan Reuters, penolong pesuruhjaya, Mark Rowley dalam satu kenyataan berkata, unit antikeganasan hari ini menyiarkan nama dan gambar dua suspek yang ditembak mati dalam insiden serangan di London Bridge dan Pasar Borough pada Sabtu lalu.


Menurut polis, Khuram Shazad Butt yang mempunyai satu lagi nama panggilan 'Abz' merupakan warga negara Britain yang dilahirkan di Pakistan.


Malah dia mempunyai rekod polis sebanyak dua kali tetapi masih melancarkan serangan di jalan di London dan  pernah dirakamkan mengibarkan bendera ISIS dalam siaran televisyen.


Seorang lagi dinamakan sebagai Rachid Redouane, mempunyai dua kewarganegaraan, Libya dan Maghribi.


Bagaimanapun dia tiada disenaraikan di dalam radar sebagai pengganas.


Rachid juga mempunyai nama lain iaitu Rachid Elkhdar yang mempunyai tarikh lahir berbeza.


Pengganas ketiga masih belum dinamakan oleh Polis Metropolitan dan siasatan masih diteruskan untuk mengesahkan identiti individu lain yang bersubahat dengan penyerang berkenaan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2017 08:52 PM | Show all posts

Konfem Bukan 2B



Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
viral kat fb 130 imam kat uk enggan menyembahyangkan jenazah teroris2 iteww..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:52 PM | Show all posts

Jadi suma la dah kenalpasti kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 07:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058201 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list