Ramai antara kita yang menghadapi masalah percernaan setiap kali tibanya bulan puasa. Kurang makanan yang berserat dan pengambilan air yang minimum adalah antara faktor utama yang menyebabkan sembelit.
Sebenarnya bukan susah mahu mengatasi masalah ini kerana buah kiwi mampu membantu! Menurut portal kesihatan Healthline, kiwi memiliki kandungan serat yang cukup banyak. Buah ini juga mengandungi enzim Proteolytic yang dapat membantu memecahkan protein dan melancarkan sistem pencernaan tubuh manusia. Biasanya ramai yang menyarankan untuk makan buah limau yang kaya dengan Vitamin C, namun tahukah anda buah kiwi mengandungi dua kali ganda lebih dari itu. Antara manfaat lain kiwi: 1. Meningkatkan sistem imunisasi badan Suplemen tambahan memang baik, tapi kiwi adalah lebih baik kerana dalam secawan jus kiwi terkandung 273 persen vitamin C. Ia juga membantu mencegah selsema. 2. Menjaga kesihatan kulit Pengambilan makanan yang terbatas semasa berpuasa mempengaruhi tahap kesihatan kulit dan menjadikannya kering. Usah khuatir, kandungan vitamin dan anti oksidan dalam kiwi mampu mencegah radikal bebas dan menjadikan kulit lebih sihat. 3. Meningkatkan haemoglobin Kiwi mengadungi zat besi yang mampu meningkatkan kadar haemoglobin. Haemoglobin yang mencukupi akan membuatkan metabolisma tubuh meningkat dan ianya sangat baik untuk mencegah dari kegemukan. 4. Memperbaiki mood Mengendalikan mood ketika bulan puasa bukanlah sesuatu yang mudah. Benarlah orang kata, lapar boleh buat mood kita menjadi buruk. Penyelesaiannya makan sahaja kiwi pada waktu berbuka dan bersahur. Tak percaya? Cuba dulu! 4. Membantu mengawal tekanan darah Zat bioaktif yang terkandung di dalamnya sangat baik untuk badan. Amalkan kiwi setiap hari, boleh jauhi segala macam penyakit. Macam tak percaya dengan khasiat yang ada pada buah ini. Buahnya lazat, banyak manfaat pula tu. Memang pilihan yang terbaik untuk diamalkan pada bulan puasa ini. -CARI
|
29
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT