CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Ayda Jebat Artis Super Gedik, Boleh Pilih Pelakon Lelaki Utama?

5-6-2017 02:56 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 15924| Komen: 76

Description: X-POSE Bersama RR.Pandanglah dengan mata hati, semoga anda lebih mengerti!Kemunculan wajah baru sebagai pelakon, penyanyi dan model, kini melambak di pasaran! Ada yang lahir dari program realiti tv, d ...
X-POSE Bersama RR.
Pandanglah dengan mata hati, semoga anda lebih mengerti! 

Kemunculan wajah baru sebagai pelakon, penyanyi dan model, kini melambak di pasaran! Ada yang lahir dari program realiti tv, dan pertandingan yang seangkatan dengannya! Semua cantik, masih muda dan miliki potensi menjadi bintang ternama. Sesuatu yang positif dan kompetitif... Tapi kalau sudah ramai bilangannya, bagaimana mereka hendak cari populariti? Populariti itu sangat penting, ia merupakan pasport untuk mendapat job dan bertahan dalam industri hiburan tanah air yang tak boleh diramalkan! 


Dalam kelompok yang ramai itu, saya sangat tertarik pada seorang gadis @ artis  berusia 25 tahun yang dilahirkan sebagai Nur Suhada Jebat pada 17 Mac 1992 di Merlimau, Melaka. Lebih dikenali dengan nama kormesialnya, Ayda Jebat! Sebut saja nama itu tergambar seraut wajah ceria dengan senyuman lebar. Seorang pelakon yang hebat, penyanyi ngetop dan model jelita! 

Saya kerap putarkan lagu hit 'dance music' dari gadis ini, Siapa diriku, Pencuri Hati dan terbaru Nakal Nakal Nakal! Secara peribadi saya suka genre muzik demikian. Ayda mempunyai vokal dan stail penyanyi K-Pop!  Bagus untuk industri ada macam macam gitu...  



Puteri sulung dan dua adik perempuan serta seorang lelaki ini memang dilahirkan sebagai gadis periang dan manja! Ketika berusia 13 tahun, Ayda dan keluarga berhijrah ke Christchurch, New Zealand, mengikut bapanya, seorang ahli perniagaan. Sempat bersekolah di Christchurch Girl's High School selama dua tahun dan kembali semula ke Malaysia. Itu adalah sedikit gambaran latar belakang artis cantik ini. 

Kemunculan Ayda Jebat dalam persada seni dianggap sebagai satu tentangan bagi artis perempuan yang lain. Kecantikan, sikap dan bakat begitu terserlah!  Sebagai artis baru Ayda memiliki sifat semulajadi yang jarang ditemui di kalangan artis muda seangkatan dengannya. Happy go lucky!, -  tak perlu maintain ayu! Gadis yang tak boleh duduk diam itu  boleh membuatkan orang disekeliling suka malah  tidak keterlaluan  kalau dikatakan bakal jatuh cinta padanya walaupun kali pertama bersua dengannya. Itu adalah anugerah semua jadi.  Itulah sebabnya dilabelkan sebagai artis gedik! Gedik bukan sebarang gedik... Si gedik ini mampu julang banyak trofi !  
 
Ayda mula dikenali selepas sertai program realiti AF musim ke - 9. Tetapi dia `kalah' kerana Allah hendak memberikan sesuatu yang lebih hebat... kau ada? Dan paling penting wajah dan bakatnya mula dikenal pasti. Sebutir bintang mula bersinar. The star is born! 

Tawaran membintangi drama Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin adalah pembuka pintu rezekinya! Sebagai pelakon, Ayda popular dengan watak-watak komedi dengan lakonan bersahaja biarpun dia mampu menjiwai watak dramatik. Selain popular di Malaysia, Ayda juga terkenal di negara tetangga seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Di Indonesia, Ayda pada awal dari berlakon dalam telefilem siaran RTV berjudul From Hater to Lover bersama Dimas Aditya serta muncul dalam video muzik kumpulan De'Meisis untuk lagu Biar Saja.


Anugerah dan penghargaan silih berganti,  memperakui kehebatan bakat gadis ini. Tidak ada artis baru yang mampu bersaing dengannya... Antara trofi terbesar yang pernah  dimenangi termasuklah, Anugerah Top, MeleTOP (Wanita) Artis Baru MeleTOP, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (Artis Baru Wanita Popular). Anugerah Ikon Seni MAYC. Artis Paling Popular APM.  Dan banyak lagi yang dimenangi oleh Ayda! Saya kagum dengan kejayaannya walaupun masih baru dalam bidang ini.  

Begitupun, Ayda melihat kejayaan mendadak sebagai ruang untuk dirinya terus melakukan yang terbaik pada masa mendatang. 

Apakah rahsia Ayda rapat dengan peminat? 

“Sebagai artis kita jangan malas layan peminat kerana sokongan mereka, saya berada di mana saya sekarang. Terlalu banyak jasa mereka pada karier saya walaupun kami tiada pertalian darah tetapi kasih sayang mereka cukup kuat. Sebab itu walaupun sibuk saya tetap cuba mencari peluang bersama peminat atau paling tidak membalas komen dan pertanyaan di laman sosial”.

Ala ala diva gitu, boleh pilih pelakon lelaki utama?

“Bila diberi kepercayaan oleh pengarah Osman Ali untuk filem terbaru  adalah satu cabaran! Kita tahu siapa yang peminat mahukan bergandingan dalam sesebuah filem itu. Ramai yang bagus dan meletop tetapi yang sesuai dengan kita masih belum ada. Apa yang peminat mahukan kita tahu. Terus terang saya cakap, saya takut untuk memberikan cadangan artis lelaki mana yang saya mahukan, bukan apa takut orang cakap saya nak ‘try’ pula. 

Foto: IG Ayda
Ayda suka bodek produser ya?

Kadang-kadang takut juga bila dipilih Itu tak kena pula dengan watak dalam filem itu. Berlakon filem dan drama ini tak sama, jadi memang kena betul-betul yang ada jiwa ”.

Saya juga bukan jenis bodek produser kerana mereka lebih bijak menilai lakonan siapa yang bagus dan siapa artis yang diminati ramai. Saya mahu jadi orang terkenal dan popular bukan dengan cara yang ‘kotor’, biarlah peminat tentukan siapa artis pujaan mereka.
39

Bagus
27

Marah
34

Terkejut
23

Sedih
37

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (192 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 5-6-2017 03:09 PM
kalau tengok iklan aura white antara dia n amyra rosli..mmg nampak amyra lagi neutral beauty dr dia..

Quote Themilo 5-6-2017 03:10 PM
suka dia nih, rajin sangat bekerja & layan fans. semoga rezki kau bertambah luas dekk...
Quote miemiecha 5-6-2017 03:13 PM
ok gudlak ayda mat aris
Quote fushimi 5-6-2017 03:21 PM
Themilo replied at 5-6-2017 03:10 PM
suka dia nih, rajin sangat bekerja & layan fans. semoga rezki kau bertambah luas dekk...

iols memang bagi pujian kat AJ bila sheol jadi duta product atau barang sheols memang tau how to promote kat sheols punya IG
ig sheols pun semua pasal kerja sheols jek non hado hapdate sampah sampah




Quote mzzenma 5-6-2017 03:25 PM
dalam iklan aurawhite tu...agak hodoh muka aj dengan rambut belah tengah kelepet macam tu

kalau ikut description laki mzz, muka dia  'muka kotak takdak dagu'
Quote myakayina 5-6-2017 03:26 PM
sementara tengah laku ni..kaut semua peluang yg ada.. kumpul aset, harta..
Quote Aduradura 5-6-2017 03:27 PM
Entah laaa, iolls masih belum boleh minat lakonan sheolls ..
Quote kiah_mai_pulak 5-6-2017 03:30 PM
Amboi ponen kertu terlajak botox ni, kemain mengata Ayda super gedik.. Kalau atuk ponen kertu ni super apa pulak ek? Super bottom terjalak cucuk botox ke?
Quote starcity 5-6-2017 03:30 PM
Tak blh blah dia asyik bahasakan diri dia adik. Kdg kenid la apa. Tak minat AJ berlakon tp suka lagu Pencuri Hati sbb catchy & happy2
Quote -electrifying- 5-6-2017 03:44 PM
hai bakal adik ipar tiri kuuu
Quote fifie_olin 5-6-2017 03:45 PM
gedik2 dia pon...ayda ni hormat org tua
rmi suka dia
Quote cik.panda 5-6-2017 03:50 PM
fushimi replied at 5-6-2017 03:21 PM
iols memang bagi pujian kat AJ bila sheol jadi duta product atau barang sheols memang tau how to p ...

Che ta boleh belajar dari ayda jebat ni macam mana bawak diri selaku duta sebuah produk/jenama  
Dengan cara che ta bercakap boleh bungkus terus jenama yang dia represent
Quote mokcikKSKB 5-6-2017 04:17 PM
Smg murah rezeki aj
Quote betnamkong 5-6-2017 04:42 PM
setakat ni xde drama lakonan dia yg melekat kat hati akak ni
haha mahaplah eda jebat

tapi akak bleh layan lagu je
nakal nakal nakal

awwwwww
Quote BoongaKertas 5-6-2017 05:00 PM
kalau sheols dah habis menggesel nanti, baru meols boleh suka balik kat dia
Quote barfi 5-6-2017 05:17 PM
Ohh baru tahu ayda ni pernah tinggal dan bersekolah di overseas. Tapi tak pernah dengar dia speaking.

Dan setahu iolss, mak ayah ayda jebat bercerai kan ?
Quote Zasss777 5-6-2017 05:40 PM
Walaupun ramai tak suka ayda ni tapi iols bole je layan lagu lagu dia. Mmg catchy and tak stress bila dgr. Part berlakon tu hmm bole la. Sekian.
Quote masdiana-ana 5-6-2017 06:03 PM
puasa tak boleh mengutuk....
Quote cha-cha 5-6-2017 06:25 PM
Ohh..
zzZzzzZzzzzzzzz

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.067259 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top