Kalau semua orang bersatu padu bekerjasama, tiada apa yang mustahil dilaksanakan. Seperti sebuah pantai di India ini yang dahulunya ditimbuni sampah sarap, kini bersih dan cantik mata memandang.
Nama Pantai Versova di Mumbai, India ini mungkin masih terdengar asing di telinga pelancong. Begitu juga dengan nama Afroz Shah, 33, seorang peguam Mahkamah Tinggi Bombay yang disanjung tinggi selepas berjaya mengubah 'wajah' pantai itu. Usaha membersih itu pada awalnya dilaksanakan Shah dengan bantuan seorang jirannya pada Oktober 2015. Melihat kesungguhan pasangan itu bertungkus lumus membersihkan kawasan pantai itu, orang ramai mula menyertai untuk memberi bantuan.
Sepanjang usaha itu, mereka disertai lebih 1,000 pembantu sukarela merangkumi pekerja dari syarikat-syarikat tempatan, pelajar sekolah serta bintang Bollywood! Tidak hanya sampah di Pantai Versova, Shah dan pasukannya turut membersihkan 52 tandas awam di pantai berkenaan serta menanam 50 batang pokok kelapa. Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) menyifatkannya operasi pembersihan selama 85 minggu itu sebagai operasi terbesar di dunia yang menyaksikan lebih 5,000 tan sampah dihapuskan. Usaha peguam berkenaan dihargai UNEP dan memberikannya ganjaran penghargaan 'Champion of the Earth' kerana menjadi warga India pertama mencapai kejayaan sedemikian. Setiap tahun sebelum itu, Pantai Versova digunakan sebagai tempat pembuangan sampah tidak rasmi dan ia telah dianggap sebagai salah satu pinggir pantai paling kotor di Mumbai. Semoga usaha dan kejayaan Shah itu menjadi inspirasi kepada semua orang untuk menyelamatkan pantai atau mana-mana kawasan tercemar lain di seluruh dunia. - CARI
|
30
Bagus |
26
Marah |
9
Terkejut |
24
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT