CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penulis Goblin, Descendants Of The Sun Bakal Kembali Dengan Drama Hit?

29-5-2017 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 42618| Komen: 196|Original author: Oleh: Maly Rosli

Penulis drama paling popular di Korea, Kim Eun Sook mengumumkan dia sedang menulis skrip drama terbarunya yang kali ini berkisarkan kisah seorang askar bernama Mr. SunShine pada awal tahun 1900. 



Foto: Soompi

Yang pastinya drama ini sedikit sebanyak berkait sejarah gerakan penentangan terhadap Jepun, terutama selepas Pemaisuri Myeongseong, penentang kuat Jepun dibunuh dengan kejam oleh perisik Jepun pada 1895. Sepuluh tahun selepas kematiannya, Korea secara rasminya  dijajah Jepun. 

Buat masa ini, judulnya dikekalkan 'Mr. Sunshine' sehinggalah projeknya disahkan.

Kim Eun Sook merupakan penulis pertama memenangi daesang (populariti) di anugerah berprestij, Baeksang Art Awards pada tahun ini. Dia dikenali penulis yang suka memainkan adegan romantik ‘cheesy’ berlebihan dibantu visual yang cantik bagi menggambarkan situasi tersebut. 


Konsep penulisannya sangat mudah difahami, malah dia pernah memenangi anugerah Best Screenplay menerusi Secret Garden dan Lovers in Paris serta beberapa kali tercalon menerusi karya-karyanya yang hit seperti Descendants of the Sun, Goblin dan Heirs.



Foto: IMDb

Penantian mendebarkan buat aktor dan aktress yang akan menyertai dramanya kerana populariti mereka sekelip mata melonjak naik sebaik saja drama ini berjaya seperti yang berlaku terhadap Song Joong Ki, Park Shin Yang, Hyun Bin, Lee Min Ho dan terbaru, Gong Yoo yang berjaya memenangi Best Actor untuk pertama kali dalam kariernya. Antara nama-nama yang disebut kuat ialah Kim Soo Hyun.


Foto: Carian Internet/IG

Sehingga kini, belum ada saluran televisyen dilaporkan berebut mendapatkan hak penyiarannya lagi. Kim Eun Sook yang bekerja untuk SBS selama bertahun-tahun berubah arah selepas drama SBS menolak untuk menyiarkan drama Descendants of The Sun, sebaliknya ia ditayangkan di KBS. 

Mungkinkah MBC pula menjadi pilihannya, atau mungkin dia lebih selesa dengan tvN? - CARI
7

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 29-5-2017 04:56 PM
wah,,. menarikkk
Quote Ayda89 29-5-2017 05:50 PM
Yeyeahh best3
Quote Jigglyjiggle 29-5-2017 08:40 PM
Noooo i nak musim kedua goblin!
Quote cikmar_ 29-5-2017 09:14 PM
Harap drama ni setanding dengan goblin
Quote cikmar_ 29-5-2017 09:14 PM
Harap drama ni setanding dengan goblin
Quote RatuDunia94 29-5-2017 09:27 PM
Minta2 amik pelakon best2.. Muka baru pon ok asal x kayu.
Quote MissMamamia75 30-5-2017 12:30 AM
Can't wait utk another drama sehebat DOTS..
Quote manganini 30-5-2017 12:59 PM
Won bin or kang dong won kot

http://www.allkpop.com/article/2 ... on-for-next-project
Quote p.timur3831 30-5-2017 01:52 PM
wow.. can't wait..
Quote swayne 30-5-2017 09:09 PM
Drama dia memang best pun semuaaa
Quote zehra2 12-6-2017 11:44 AM
Tak mintak byk.. watak 2nd lead bg pd kang haneul boleh?
Quote dauswq 24-6-2017 01:56 PM
Edited by dauswq at 24-6-2017 01:57 PM

“Sah, Lee Byung Hyun lah lelaki Mr Sunshine itu” – Kim Eun Sook penulis Goblin, Descendants of The Sun & Secret Garden

by        daus    ·                            June 24, 2017      
        
                                    

Kim Eun Sook dalam sidang media mengesahkan Lee Byung Hyun akan membintangi drama Mr Sunshine, projek dramanya selepas tvN Goblin. Katanya, Lee Byung Hyun menetapi kriteria Mr. Sunhine iaitu seorang yang berbadan sado, matang dan juga pandai berbahasa Inggeris. Pengumuman ini agak mengejutkan kerana Lee Byung Hyun terkenal sebagai seorang yang agak memilih dan bukan senang untuk beliau berkecimpung dalam drama korea. Kali terakhir beliau berlakon menerusi drama KBS Iris telah menyebabkan beliau meraih Best Actor di Baeksang Art Award dan juga daesang di KBS Awards.

Beliau juga mencipta rekod sebagai pelakon yang pertama menyapu bersih anugerah Best Actor di Grandbell , Bluedragon dan Baeksang untuk filem Inside Men.  Tidak lupa juga, Lee Byung Hyun juga terkenal di luar negara menerusi filem Gi Joe dan Terminator Genisys.

Projek terbaru Kim Eun Sook mendapat liputan meluas di seluruh negara kerana drama-dramanya tetap akan hit melebihi 20% ratings. Maka, pelakon-pelakon yang dicadangkan untuk dramanya pastinya ditunggu-tunggu peminat kdrama.

Sumber: https://kmania.info/2017/06/24/sah-lee-byung-hyun-lah-lelaki-mr-sunshine-itu-kim-eun-sook-penulis-goblin-descendants-of-the-sun-secret-garden/

Quote ismaha 27-6-2017 09:50 AM
Edited by ismaha at 27-6-2017 09:51 AM

cek in dihari raya ke3 kena kerja

tahun ni rezki is dpt moyan dgn namgil & byunghun


@katt jom lepak sini
Quote wonto 29-6-2017 06:04 PM
ismaha replied at 27-6-2017 09:50 AM
cek in dihari raya ke3 kena kerja

tahun ni rezki is dpt moyan dgn namgil & byunghun {:ml ...

Laju ko is
Rmai meroyan oppa ko dpt wtk ni
Quote ismaha 3-7-2017 07:27 AM
wonto replied at 29-6-2017 06:04 PM
Laju ko is  
Rmai meroyan oppa ko dpt wtk ni

Kenapa tidak???.....dah berkurunnnnn abg LBH tak berrrrdrama
abaikan gosip2 liar tu....
janji watak abg LBH & jln cita ni jgn nak anoooy sgt daaa
Quote alien88 3-7-2017 09:50 AM
ooo... ini la 1st love @ismaha
yg 2nd love sapa lak?
Quote ismaha 3-7-2017 10:05 AM
alien88 replied at 3-7-2017 09:50 AM
ooo... ini la 1st love @ismaha
yg 2nd love sapa lak?

maaf ekk dibulan syawal yg mulia ni si admin p letak pic yg seksi sgt
pernah tgk drama2 or movie dia?
Quote Lorra2411 3-7-2017 10:57 AM
wow, dah lama dia tak berlakon drama. check in!
Quote alien88 3-7-2017 07:27 PM
ismaha replied at 3-7-2017 10:05 AM
maaf ekk dibulan syawal yg mulia ni si admin p letak pic yg seksi sgt
pernah tgk drama2 or movi ...

kena scroll laju2
drama pernah tgk dlu All In tp tu zmn bila, LBH ni dh kira ahjussi walaupon ada anak baru 2thn.. haha
filem lak sllu tgk bila astro dok ulang G.I. Joe

Lihat semua komen(196)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050811 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top