Impian skuad negara untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2017 tidak kesampaian apabila tewas kepada Jepun 1-3 dalam aksi suku akhir di Pusat Sukan dan Rekreasi Gold Coast, Australia, sebentar tadi. Beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong sekali lagi merencatkan perancangan Malaysia apabila tewas kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 17-21, 21-16, 11-21. Sonia Cheah yang menggalas tugas bagi acara perseorangan wanita juga gagal menyumbangkan mata penyamaan buat skuad negara apabila tewas di tangan Nozomi Okuhara 11-21, 9-21.
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, menceriakan kem Malaysia apabila merapatkan jurang mata hasil kemenangan ke atas Kenta Nishimoto 21-13, 21-15. Beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei juga gagal memberi mata buat negara apabila tewas kepada Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 7-21, 14-21.- CARI |
23
Bagus |
20
Marah |
11
Terkejut |
22
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
grouper replied at 26-5-2017 06:25 PM
Men double yg problem..set 3 terus mental down. Padahal skil level lebih kurang sama je. Women doubl ...
ADVERTISEMENT