Lazimnya sajian nasi campur dengan tiga jenis lauk jumlah bayarannya tidak melebihi bernilai RM7, namun baru-baru tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru di Chukai, Terengganu berharga RM32. Susulan pemilik akaun Facebook, Syed Ikram memuat naik gambar itu Jumaat lalu, segera mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengguna maya yang bertindak mengecam terhadap pemilik kedai makan berkenaan. Rata-rata mempertikaikan peletakan harga itu agak melampau dan terdapat juga netizen yang membandingkan dengan restoran nasi kandar mamak yang biasa mengira harga tinggi sekiranya lauk itu termasuk udang dan sotong.
Bagaimanapun, memetik Harian Metro pengusaha kedai makanan terbabit yang dikenali Liza Musid meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan pelanggannya itu yang didakwanya sebagai berniat jahat menjatuhkan perniagaannya. Menurutnya, dia tidak menafikan harga sepinggan nasi dan lauk diambil berharga RM32 seperti ditularkan pelanggan itu. Namun demikian, ada juga yang berpendapat, dalam hal ini Syed Ikram sepatutnya ambil lauk yang dalam kemampuan diri sendiri, ini kerana bah kata peribahasa Melayu, ukur baju di badan sendiri.- CARI
|
imransulaiman replied at 24-5-2017 06:30 PM
Makan udang kering je lah kalau nak berkira sangat...
bambimo replied at 24-5-2017 06:27 PM
kawan meols set terengganu ada ckp mmg kedai ni harga dia boleh tahan..ambik lauk tnya dulu
dinopower replied at 24-5-2017 06:35 PM
ambik udang glh nak rega rm10...
dinopower replied at 24-5-2017 06:40 PM
kat trg klau tak tahu tmpt mmg mahal....
skrg kan byk apps... bleh tahu tmpt murah ade byk star ...
bambimo replied at 24-5-2017 06:27 PM
kawan meols set terengganu ada ckp mmg kedai ni harga dia boleh tahan..ambik lauk tnya dulu
Lazimnya sajian nasi campur dengan tiga jenis lauk jumlah bayarannya tidak melebihi bernilai RM7, namun baru-baru tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru di Chukai, Terengganu berharga RM32.
imransulaiman replied at 24-5-2017 06:30 PM
Makan udang kering je lah kalau nak berkira sangat...
ADVERTISEMENT