Tahu tak satu Malaysia sekarang tengah kecoh dan gilakan Roti Butter Golok ini! Gebu, sedap, manis berlemak memang terbaiklah! Tak teringin nak cuba buat juga ke?
Senang sahaja nak buat roti tular ini. Tak percaya tengok sahaja resipi di bawah. Bahan-Bahan Satu cawan air suam Satu paket yis Empat sudu gula Dua sudu susu pekat Dua sudu marjerin Tiga setengah cawan tepung Satu biji telur Cara-cara
1. Campurkan yis dengan air, biarkan yis rehat serta berbuih. 2. Pukul telur sedikit 3. Campurkan gula, susu pekat, marjerin serta telur ke dalam bekas yang telah diisi dengan tepung dan kacau sebati. 4.Curah bancuhan yis sikit demi sikit ke dalam tepung tersebut ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak payah pakai kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut serta tak melekat di tangan.) 5. Rehatkan selama satu jam atau sampai doh kembang dua kali ganda. 6. Tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sampai cantik dan licin. 7. Bentukkan dan rehatkan doh sekali lagi. Biar naik dua kali ganda. 8. Bakar guna api atas bawah pada suhu 150 selama dua puluh minit atau sehingga masak. 9. Selepas masak, biarkan sejuk sebentar. Kemudian sapu permukaan roti guna marjerin dan tabur gula halus. Siap. Wah, sekelip mata dah siap. Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Selamat mencuba! -CARI |
26
Bagus |
12
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
swimswim replied at 24-5-2017 01:51 PM
Eeee mengerikan tgk butter n sugar used liberally like this
CARI-MRO replied at 24-5-2017 01:47 PM
Tahu tak satu Malaysia sekarang tengah kecoh dan gilakan Roti Butter Golok ini!
ADVERTISEMENT