Assalamualaikum netizen, Masih dengan perkongsian mengenai Tip untuk mengelakkan suami anda mencari lain. Artikel sebelum ini telah menyentuh mengenai (1) Pengurusan Syak Wasangka, dan (2) Memahami Kehendak Pasangan. Jom, kita ke tips yang seterusnya.
Hormati Pasangan Anda, Keluarga dan Sahabatnya Hormat menghormati perlu sentiasa disemat dalam diri sekalian manusia kerana ianya merupakan medium utama dalam mengekalkan kesejahteraan dan keamanan sama ada buat seluruh warga dunia, institusi keluarga, rakan-rakan dan sekalipun buat insan yang anda tidak kenali. Hormati Pasangan Anda Apabila anda bersetuju menerimanya sebagai kekasih dan suami anda, bermaksud ia merupakan persetujuan awal daripada anda untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mana salah satunya adalah dengan menghormatinya sebagai seorang pemimpin keluarga.
- Usah menaikkan suara menegakkan usul anda kerana ianya bukan mengarah kepada jalan penyelesaian sesuatu masalah itu tetapi ia akan meruncingkan lagi masalah yang berlaku. - Jangan sesekali memaki hamun pasangan dengan menggunakan bahasa yang kasar dan kesat. Bakal mencipta satu perilaku baru buat kekasih atau suami anda. Barangkali daripada seorang yang pendiam dan penyabar, bakal menjadikan dirinya sebagai seorang lelaki yang pemarah dan lebih teruk jika amarahnya itu disusuli dengan sepak terajang. Hormati Keluarga Pasangan Anda Adakala keluarga pasangan anda tidak menyukai kehadiran anda sebagai pasangan anak lelakinya dan lebih teruk jika mereka tidak merestui anda sebagai bakal menantu mereka. Amatlah ditekan bahawa sikap memberontak samada melalui percakapan mahupun perlakuan adalah sesuatu yang ditegah. Anda bakal memberi satu impak yang lebih buruk mengenai pandangan mereka terhadap diri anda. - Usah mengikut emosi dalam menghadapi ujian ini. Kaji apa kelemahan anda yang menjadi punca akan kebencian itu tercetus. - Ubahlah mengikut kehendak mereka namun pastikan ianya tidak bercanggah dengan ajaran Allah. - Biar apa pun ungkapan atau reaksi yang ditunjukan oleh keluarga pasangan anda terhadap diri anda, tetap tenang menempuh semuanya. Tiada yang lebih baik selain memohon pertolongan dariNya agar dilembutkan hati keluarga pasangan anda. Kesabaran di sini amat perlu demi mendapat sokongan pasangan anda dan menambat hati keluarganya seterusnya menyelamatkan hubungan yang terjalin agar tidak terputus ditengah jalan hanya kerana orang kebencian keluarganya. Inilah sebahagian daripada ciri-ciri kekasih atau isteri unggul. Hormati Rakan Kepada Pasangan Anda Sahabat handai pasangan anda selalunya telah bersamanya kian lama dan pastinya mereka hadir dalam hidup pasangan anda terlebih dahulu daripada anda. Ini memberi kesan kepada sebahagian lelaki yang pentingkan hubungan sesama rakan mereka. Jika anda hadir dalam hidupnya dan membawa satu situasi yang kurang menyenangkan di kalangan rakan-rakan pasangan anda, barangkali dengan perilaku anda yang kurang senang dengan kehadiran mereka, bakal memberi satu tamparan hebat buat pasangan anda. Sikap sombong dan angkuh perlu dijauhi kerana di dalam dunia ini penghuninya bukanlah anda bersama pasangan anda sahaja. Adalah sesuatu yang membanggakan seorang lelaki itu jika rakan-rakannya memuji akan perilaku kekasihnya. Hasilnya, kasih dan sayangnya terhadap anda semakin menebal dan berbunga. Jika jelas dari pandangan masyarakat, mereka bukan rakan yang baik dan boleh membawa pasangan anda ke lembah kejahatan, maka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menasihati teman lelaki atau suami yang dicintai agar tidak terikut-ikut rentak rakan-rakannya yang barangkali boleh menjeratnya. Perlu diingat juga, cara dan pendekatan anda dalam menasihati pasangan perlu bijak agar ianya tidak menjengkilkannya tetapi pendekatan anda biar sehingga pasangan anda berasa dihargai. |
19
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
24
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT