CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2833|Reply: 18

Sayang Dengan Pasangan, Perlukah Hormati Keluarga Dan Sahabatnya?

[Copy link]
Post time 24-5-2017 01:45 PM | Show all posts |Read mode


Assalamualaikum netizen,
Masih dengan perkongsian mengenai Tip untuk mengelakkan suami anda mencari lain. Artikel sebelum ini telah menyentuh mengenai (1) Pengurusan Syak Wasangka, dan (2) Memahami Kehendak Pasangan. Jom, kita ke tips yang seterusnya.


Hormati Pasangan Anda, Keluarga dan Sahabatnya


Hormat menghormati perlu sentiasa disemat dalam diri sekalian manusia kerana ianya merupakan medium utama dalam mengekalkan kesejahteraan dan keamanan sama ada buat seluruh warga dunia, institusi keluarga, rakan-rakan dan sekalipun buat insan yang anda tidak kenali.






Hormati Pasangan Anda
Apabila anda bersetuju menerimanya sebagai kekasih dan suami anda, bermaksud ia merupakan persetujuan awal daripada anda untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mana salah satunya adalah dengan menghormatinya sebagai seorang pemimpin keluarga.


- Usah menaikkan suara menegakkan usul anda kerana ianya bukan mengarah kepada jalan penyelesaian sesuatu masalah itu tetapi ia akan meruncingkan lagi masalah yang berlaku.


- Jangan sesekali memaki hamun pasangan dengan menggunakan bahasa yang kasar dan kesat.


Bakal mencipta satu perilaku baru buat kekasih atau suami anda. Barangkali daripada seorang yang pendiam dan penyabar, bakal menjadikan dirinya sebagai seorang lelaki yang pemarah dan lebih teruk jika amarahnya itu disusuli dengan sepak terajang.






Hormati Keluarga Pasangan Anda
Adakala keluarga pasangan anda tidak menyukai kehadiran anda sebagai pasangan anak lelakinya dan lebih teruk jika mereka tidak merestui anda sebagai bakal menantu mereka. Amatlah ditekan bahawa sikap memberontak samada melalui percakapan mahupun perlakuan adalah sesuatu yang ditegah. Anda bakal memberi satu impak yang lebih buruk mengenai pandangan mereka terhadap diri anda.


- Usah mengikut emosi dalam menghadapi ujian ini. Kaji apa kelemahan anda yang menjadi punca akan kebencian itu tercetus.


- Ubahlah mengikut kehendak mereka namun pastikan ianya tidak bercanggah dengan ajaran Allah.


- Biar apa pun ungkapan atau reaksi yang ditunjukan oleh keluarga pasangan anda terhadap diri anda, tetap tenang menempuh semuanya.


Tiada yang lebih baik selain memohon pertolongan dariNya agar dilembutkan hati keluarga pasangan anda. Kesabaran di sini amat perlu demi mendapat sokongan pasangan anda dan menambat hati keluarganya seterusnya menyelamatkan hubungan yang terjalin agar tidak terputus ditengah jalan hanya kerana orang kebencian keluarganya. Inilah sebahagian daripada ciri-ciri kekasih atau isteri unggul.


Foto: Carian internet


Hormati Rakan Kepada Pasangan Anda
Sahabat handai pasangan anda selalunya telah bersamanya kian lama dan pastinya mereka hadir dalam hidup pasangan anda terlebih dahulu daripada anda. Ini memberi kesan kepada sebahagian lelaki yang pentingkan hubungan sesama rakan mereka. Jika anda hadir dalam hidupnya dan membawa satu situasi yang kurang menyenangkan di kalangan rakan-rakan pasangan anda, barangkali dengan perilaku anda yang kurang senang dengan kehadiran mereka, bakal memberi satu tamparan hebat buat pasangan anda.


Sikap sombong dan angkuh perlu dijauhi kerana di dalam dunia ini penghuninya bukanlah anda bersama pasangan anda sahaja. Adalah sesuatu yang membanggakan seorang lelaki itu jika rakan-rakannya memuji akan perilaku kekasihnya. Hasilnya, kasih dan sayangnya terhadap anda semakin menebal dan berbunga.


Jika jelas dari pandangan masyarakat, mereka bukan rakan yang baik dan boleh membawa pasangan anda ke lembah kejahatan, maka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menasihati teman lelaki atau suami yang dicintai agar tidak terikut-ikut rentak rakan-rakannya yang barangkali boleh menjeratnya. Perlu diingat juga, cara dan pendekatan anda dalam menasihati pasangan perlu bijak agar ianya tidak menjengkilkannya tetapi pendekatan anda biar sehingga pasangan anda berasa dihargai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena saling mhormati
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Harus la kan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.... Mesti la akan sayang dan hormat macam famili sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:19 PM | Show all posts
Yes, we don't have to like it but we have to respect each other.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 05:22 PM | Show all posts
harus hormati dan raikan selagi mana tak bertentangan syarak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 05:55 PM | Show all posts
memang la ng sesiapa pon kt kena hormat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ye kena hormat.. kalau tak boleh masuk tak suka dengan keluarga dia pun kena pandai2 lah bawak diri.. jangan tunjuk la rasa benci tu.. just be corteous
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 09:59 PM | Show all posts
Kena bertolak ansur.
Baru hidup aman damai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hormat and play safe dgn yg bmslh. Jgn buat muka..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg perlu hormat. Yg penting kena toleransi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 03:29 PM | Show all posts
mestila uolss. nak kwen kena kawen da whole family. ingat yach
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
APA punya tjuk artikel.as org beragama,kau mesti hormat.tapi jgn smpi msuk hati.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mmng kna hormat rkn somior istri tpi jgn smpi mesra sgt-berscandal mcm stu kes krt Tu.laki demam sempat terlanjur.x phm aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pandai2 bwk dri la..
Ada jgk member kawen muda..dulu dh ckp kna pkr pnjg..tp xdgr..
Skrg ni duk mgadu xleh masuk ngn mertua,ipar duai..
Pyh kalau jnis ego..xnk adapt ngn situasi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:11 PM | Show all posts
Ofkos la kena hormat... especially anak lelaki tanggungjawab die kat mak sampai mati...  jangan pulak kita yg menjarakkan dia ngan mak dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Yap betul.. Kena respect..terutama dengan mak ank lelaki..dgn kawan2 dia pun pandai2 lah menyuaikan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi2 kalau dapat anak emak  
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertolak ansur baru bahagia hubungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.635545 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list