Dalang serangan letupan di sebuah konsert Manchester yang menyebabkan lebih 22 orang terkorban dan puluhan lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak berumur lapan tahun telah dikenal pasti sebagai Salman Abedi.
Memetik laporan The Telegraph, suspek yang berusia 22 tahun itu dipercayai berketurunan Libya dan dilahirkan di England. Menurut laporan sumber perkhidmatan keselamatan, Abedi dipercayai baru pulang dari Libya pada minggu ini. Suspek pernah dilihat hadir ke Pusat Islam Manchester, juga dikenali sebagai Masjid Didsbury bersama ibu bapa dan adik beradiknya. Jurucakap polis memaklumkan, suspek selama ini bertindak seorang diri yang dikenali sebagai 'Lone Wolf' buat Kumpulan Militan Daish dalam usaha melakukan pembunuhan beramai-ramai secara pegeboman berani mati. Dalam pada itu, militan Daish pada Selasa mendakwa bertanggungjawab mengebom konsert tersebut.
Kumpulan itu mendakwa, seorang anggotanya telah meletupkan bom berkenaan ketika konsert itu berlangsung.- CARI |
ADVERTISEMENT