CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MBI & Mface Tersenarai Dalam Senarai Kewangan Peringatan pengguna Bank Negara

23-5-2017 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3850| Komen: 10

Bank Negara Malaysia menyenaraikan syarikat skim pelaburan MBI dan Mface dalam Senarai Kewangan Peringatan Pengguna atau Financial Consumer Alert List. Kini sejumlah 302 buah syarikat atau laman sesawang tersenarai. 


Memetik laporan Oriental Daily News, Isnin lalu iaitu pada 22hb Mei, sebanyak 10 buah syarikat atau laman sesawang tersenarai sepanjang bulan Mei 2017.

Menurut Bank Negara, syarikat dalam senarai tersebut dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan dibawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Diharap senarai peringatan ini boleh meningkatkan kesedaran kepada para pengguna. 

Berdasarkan laporan Sin Chew Net, menurut Alfa iaitu pembantu kepada pengerusi kumpulan antarabangsa MBI Zhang Yu Fa, setakat ini masih belum dikenal pasti situasi sebenar, namun pihaknya yakin ianya tiada masalah buat kumpulan MBI.

Sehubungan itu, tambah Alfa lagi, tiada sebarang strategik akan dibincangkan dan kumpulannya turut tidak akan memberi tindak balas berhubung isu tersebut. 


MBI ditubuhkan pada Julai 2009 di Pulau Pinang, dan dipanggil sebagai Kumpulan Antarabangsa, manakala Mface merupakan anak syarikat di bawah naungannya untuk urus niaga mata wang M secara online. 

Pengasasnya Zhang Yu Fa pernah didakwa ke mahkamah kerana masalah Rangkaian kedai Kopi berjenama Red Island. MBI juga dikritrik oleh media dari China, Taiwan, Thailand dengan mengatakan mereka terlibat dalam pemasaran secara penipuan. 

Antaranya pada hujung Januari 2016, polis Thailand pernah menyerbu pejabat MBI yang terletak di Songkhla dan memperolehi kira-kira RM10 ribu wang tunai.- CARI


17

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 23-5-2017 10:13 AM
mface ni bkn dato ac jd duta dlu ke?
Quote OmJualGas 23-5-2017 10:18 AM
Water beaute world berhad (wbw)   
Quote kasijelaya 23-5-2017 11:24 AM
UMNO nak dorg sponsor utk PRU lani
lepas sponsor
konpem bagi laluan


tapi ntah gaji macai ada na na na na ke tak
atau na na na na kat pendatang


abangla vs macai
wic wan  UMNO lebih sayang  
Quote kasijelaya 23-5-2017 11:26 AM
si Johnson mesti dekut nak sponsor UMNO
so terus na na na na  ....lokap
beto tak
Quote -electrifying- 23-5-2017 02:06 PM
boikotttttttt
Quote OmJualGas 29-5-2017 07:55 AM



[Nasihat Saya Supaya Masyarakat Jangan Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya]

Saya dapat info ini bagaimana ‘scammer’ ini membuat kerja.     Andaikan saya adalah ‘scammer’ :

1.    Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000.    Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:

A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000

2.    Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'.     Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu.   Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400.    Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan.     Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000.      Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan.    Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4.    Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000.     Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka.    Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3.    Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan.    Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan.     Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4.    Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5.    Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal.     Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut.      Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6.    Make it short.      Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000.     Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'.    RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7.    Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'.      Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya.     Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam).      Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur.     Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan.      Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan).      Mereka akan lupa hari demi hari.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

Dipersilakan SHARE & TAG RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.
anti-scammers.

https://www.facebook.com/abdulra ... sts/586663018157603


Quote cmf_premierleag 29-5-2017 08:34 AM
Sapa penah dgr psl GetThis?
Kawan aku kemain lagi ajak aku join.. Aku tgk mcm skim cepat kaya jek
Quote kerunai 29-5-2017 08:48 AM
memang haram jadah seme ni ...tiap2 tahun ada
Quote pulauturtle 29-5-2017 09:00 AM
helicornia replied at 23-5-2017 10:13 AM
mface ni bkn dato ac jd duta dlu ke?

yup. tepat sekali
Quote DayangKirana 29-5-2017 09:56 AM
konsep yang sama..tukar2 nama jer..
tu pun masih ada yang terkena..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.139806 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top