Aduh! Mesti sakit David Teo kena tampar. Lebih 'sakit', dia ditampar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disaksikan orang ramai yang hadir pada sesi program Dialog TN50 di Seri Perdana, malam semalam (Rabu).
Bagaimanapun, pelakunya, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin bagaimanapun langsung tidak kesal menampar pengarah popular itu. "Saya tak rasa tindakan saya itu melampau. Ia perlu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada dia yang 'kurang ajar' itu," katanya. Memetik NST, pelakon dan pelawak veteran itu menganggap kelakuan ketua pegawai eksekutif Metrowealth Pictures (MIG) berkenaan tidak menghormati Perdana Menteri dan Datuk Rosyam Nor sebagai moderator dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).
"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu beradab dan saling hormat-menghormati," katanya. Sementara itu, pengarah filem Mamat Khalid turut menyokong dakwaan Mat Over berhubung kebiadaban David Teo yang begitu lantang bercakap di hadapan Najib. “Dengan sesiapa pun dalam industri, begitulah cara dia bercakap. Begitu lantang. “Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya,” katanya kepada Astro AWANI. 'Adegan' itu berlaku selepas David menegur Rosyam Nor yang didakwa hanya mengutamakan mereka yang duduk di barisan hadapan. Bagaimanapun, David dan Mat Over 'berdamai' dengan bersalaman di hadapan Najib di penghujung majlis. Nampaknya 'orang lama' dalam industri seni tanah air masih belum cukup matang kerana boleh pula mereka 'berdrama' di hadapan Perdana Menteri. Apa kata pembaca? - CARI
|
13
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
JoyahSepoting replied at 17-5-2017 11:48 PM
Over btl Mat.. jgn sampai kena saman udah ler
shamsadis replied at 17-5-2017 11:47 PM
Padan muka cina tu memang biadap kurang ajar
ADVERTISEMENT