Walaupun ia hitam legam dan rupanya sangat tidak 'menyelerakan', arang banyak kegunaan serta manfaatnya. Tidak hanya untuk dibakar, selain ubat gigi yang menggabungkan ramuan tradisi (arang), pencuci muka juga menggunakan kaedah sama.
Tetapi, pernahkah anda terfikir atau membayangkan makanan terutama pencuci mulut diperbuat daripada arang? Macam pelik je kan? Sebuah kedai aiskrim di Los Angeles, California iaitu 'Little Damage Ice Cream Shop' menjual aiskrim hitam dikenali sebagai 'Goth Ice Cream'. Unik warna aiskrim ini dengan warna hitam menawannya. Macam datang dari dunia kegelapan pun ada.
Jika anda sangka ia diperbuat daripada coklat hitam, anda salah kerana ia sebenarnya berperisa badam (Almond Charcoal). Aiskrim berperisa 'arang' ini bukan sahaja kelihatan sangat mengagumkan, malah rasanya tak kalah hebatnya! Teringin pula nak merasa aiskrim hitam ini. Bila agaknya nak masuk pasaran Malaysia ya? Kalau anda tahu di mana boleh dapatkan aiskrim yang lebih kurang sama pun, bolehlah dikongsi bersama juga ya. - CARI
|
6
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT