Memegang status sebagai seorang artis memang tak akan terlepas dari pemerhatian orang sekeliling. Apa sahaja yang dikongsikan di laman sosial pasti akan diikuti peminat atau pengikut.
Namun, ada juga pihak yang menjadikan kisah peribadi mereka sebagai bahan ejekan dan perkara itu mengundang rasa kurang enak penyanyi dan pelakon dari Singapura, Harris Baba. Memetik mStar Online, Khawaja Mohammad Harris Baba, 27, atau lebih dikenali sebagai Harris akui mudah 'naik angin' jika ada pihak meninggalkan komen negatif terhadap keluarga terutama isterinya di media sosial. "Sebab itulah agak lama juga saya tak berkongsi gambar keluarga di media sosial. Sebelum ini saya banyak baca cerita isteri artis kena kritik, ia sangat menyedihkan.
"Saya mahu lindungi isteri daripada menerima nasib yang sama. Saya tak boleh tahan kalau orang bagi komen negatif," katanya kepada mStar Online. Penyanyi berdarah kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu menegaskan dia tidak teragak-agak membalas kritikan yang dilemparkan jika ia bersifat penghinaan. "Memang ada ramai yang beri komen negatif dan sebagai selebriti ia perkara biasa, tapi saya tak suka. "Kadang-kadang saya akan balas komen dan tegur supaya mereka berhati-hati ketika meninggalkan komen. "Tak kisahlah saya artis atau sesiapa pun, yang penting saya perlu pertahankan hak saya. Kalau tak betul saya akan tegur, tapi dengan cara baik dan sarkastik," katanya. Terdahulu, Harris diijabkabulkan dengan seorang wanita dari Keningau, Sabah, Nik Naziha Zawawi, 22, pada Mei tahun lalu. Menurut Harris, selepas menimang cahaya mata bernama Aleena Ziya pada 10 Februari lalu, dia kini lebih terbuka untuk berkongsi gambar keluarga. Biasalah tu apabila artis menjadi mangsa kritikan di laman sosial. Apapun, diharap Harris bijak melayan kerenah netizen di laman sosial. - CARI
|
21
Bagus |
12
Marah |
21
Terkejut |
3
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
itik_kuning replied at 15-5-2017 11:03 AM
org sabah pun nama ada nik ye? ermmm
ADVERTISEMENT