CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak Bergambar, Tukar Baju" - Dihalau Macam Kucing Kurap Kerana Berpakaian Tradisional

15-5-2017 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4193| Komen: 14|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Apa perasaan anda jika dihalau dari sebuah tempat hanya kerana berpakaian tidak 'bersesuaian'?
Apa perasaan anda jika dihalau dari sebuah tempat hanya kerana berpakaian tidak 'bersesuaian'?

Itulah yang berlaku kepada sekumpulan penari kebudayaan yang mahu merakam gambar kenang-kenangan di taman KLCC, tetapi dihalau oleh pihak pengurusan bangunan berkenaan. 




Kisah yang dikongsikan Abam Supir di akaun Facebooknya itu menjadi tular, malah menjadi antara topik terhangat dibincangkan di media sosial.

"Mereka hadir bagi satu pertandingan tarian kebudayaan yang diadakan di Angkasapuri. Singgah ke taman KLCC untuk mengambil gambar kenang-kenangan tetapi dihalau pihak pengurusan Petronas dengan alasan pakaian tidak sesuai," tulisnya.

Bagai menjadi suatu kesalahan apabila mengenakan pakaian tradisional untuk berswafoto.



Bukan sahaja dihalau, malah mereka dilemparkan dengan kata-kata yang sungguh mengguris kalbu.

"Kalau mahu bergambar di sini, pergi balik hotel tukar baju dulu," tegas pihak berkenaan.

Sikap dan tindakan pihak pegurusan terbabit mengundang amarah Abam yang menyifatkannya melampaui batas.

"Mereka cuma singgah untuk bergambar di taman atau kolam di KLCC itu sahaja, bukan nak masuk ke dalam bangunan Petronas pun.

"Kena halau macam kucing kurap," katanya.


Foto: FB Abam Supir

Rata-rata netizen mengecam dan mempertikaikan kewajaran tindakan itu.

"Pengawal tu orang asing agaknya sebab tu dia tak tahu itu pakaian tradisional rakyat malaysia.

"Nak ambil gmbar di taman KLCC je kot, kenapa nak halau. Kenapa tak halau bangla yang berlambak lepak kat situ," antara komen netizen.


Foto: FB The Reporter

Adakah benar seperti dakwaan segelintir netizen bahawa pengawal atau pihak atasan pengurusan terbabit merupakan 'orang asing' yang tidak tahu menahu perihal pakaian tradisional Sarawak itu? - CARI
15

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
26

Sedih
29

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote miemiecha 17-5-2017 08:56 AM
kebodohan apakah pulak kali ini
Quote miemiecha 17-5-2017 08:52 AM
kebodohan apakah pulak kali ini
Quote mericanos 16-5-2017 03:36 PM
Nk bergambar pkai pakaian tradisional pon jd masalah
Quote Ayda89 16-5-2017 03:10 PM
Sebab ada lelaki tu pakai baju kebangsaan yg macam cawat tu kut.... Oh kalau perempuan pakai seksi bleh plak ye pak guard ?? mak ko ijau...
Quote nisako 16-5-2017 09:57 AM
what??? selalu ade je yg pakai seksi bergambar boleh pulak
Quote KucingKedai 16-5-2017 09:50 AM
Pelik benor sbb bukan convention centre tu slalu ada cosplay event ke? kena mintak kebenaran dulu ke camane?
Tapi cam slalu je nampak awek2 kurang kain jenjalan kat situ.. hmm
Quote amukgemuk 15-5-2017 11:04 PM
Tolong la.
Macam sehari dua pulak dengar berita macam ni.
Nak kena dengar jawapan orang sana pulak. Salah, kita balun.
Quote merrissa 15-5-2017 08:41 PM
aik bukan ritu ader bangla mandi bugel ke...ntah kat mn

nak tngkap gambr pakai baju traditional pon x leh...so kelak pakai bju kurung, sari semua pakat di halau ya
Quote cheergirlz 15-5-2017 05:37 PM
ermm..ntah laa..ade y ok...ade y tak ok...
Quote Iema5008 15-5-2017 05:24 PM
Kena dengar pihak yg satu lagi.... sbb aritu kwn bt photoshoot baju sabah elok pula tak kena halau
Quote BebeQ 15-5-2017 03:32 PM
nut.legacy: apa yg x sesuai nye? if menjolokkan mata paham la.. elok je pakaian tradisional dia pakai tu
i tak setuju juga management KLCC buat begitu bagi pakaian tradisional tapi mungkin depa salah faham dengan pakaian lelaki itu yang mengenakan sekuar ketat seperti cawat tu depa kata tak sesuai kot.

apa2 pun, i suka bergambar dengan orang2 costume macam ni kalau jumpa dekat mana2. sila pakai lagi.
Quote nut.legacy 15-5-2017 02:40 PM
apa yg x sesuai nye? if menjolokkan mata paham la.. elok je pakaian tradisional dia pakai tu
Quote syitaeyqa 15-5-2017 02:31 PM
Ada je kawan  I bergambar kat KLCC pakai pakaian tradisi Sabah dia, elok je tak kena halau.

I rasa tgk guard jugak kot
Quote delsmomm 15-5-2017 01:53 PM
vangang punye guard...

kalo minah2 pakai baju mcm x berbaju korang kemain suke... pakai bj tradisi korg halau...

mohon si penghalau pergi meninggal...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.150101 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top