CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jemaah Masjid Tolong Kereta 'Aunty' Cina Rosak, Sikap Inilah Rakyat Malaysia Perlukan

13-5-2017 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10751| Komen: 28|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tindakan sekumpulan jemaah masjid yang berganding bahu membantu menolak kereta rosak milik seorang wanita berbangsa Cina telah menerima pujian dari masyarakat.

Menurut laporan The Star, kereta milik wanita Cina tersebut rosak di di Jalan Kelawei, Pulau Pinang  dan menyebabkan trafik menjadi perlahan.

Prihatin dengan kesusahan wanita terbabit, jemaah yang sedang menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat telah bersama-sama menolak kereta terbabit ke tepi jalan.

Kejadian tersebut telah disaksikan sendiri oleh Ahli  Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebelum memuat naik rakaman itu ke dalam laman Facebooknya.


Dalam kapsyennya dia menulis, "Sikap toleransi yang ditunjukkan ini yang perlu kita pupuk. Kereta seorang aunty rosak di tengah jalan yang sibuk di hadapan Masjid Kelawai semasa khutbah Jumaat diubah oleh para jemaah masjid."

Bakhtiar juga menambah, "Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum . Jika ada yang memerlukan pertolongan, kita perlu bantu tanpa mengira agama dan bangsa."


Bakhtiar berkata dia tidak menyangka rakaman tersebut menjadi tular. Mungkin disebabkan ia mempunyai kaitan dengan isu jemaah masjid memukul pemandu Cina yang membunyikan hon bertalu-talu minggu lalu.

"Kali ini ia langsung tiada kena mengena dengan pergaduhan, hanya sikap toleransi dan semangat saling membantu . Ini yang rakyat Malaysia mahu tengok."

Sementara itu, netizen yang melihat rakaman video tersebut turut memuji sikap yang ditonjolkan masyarakat di negara ini.


Apa komen anda? -CARI
28

Bagus
18

Marah
22

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 13-5-2017 02:22 PM
Dan2 i love penang..
Quote kelapaparut 13-5-2017 02:24 PM
Melayu2 penang ni jinak sket, melayu johor agak liar ye tgk kjaan negeri la
Quote Kentang.Goreng 13-5-2017 02:56 PM
@spiderman80 dah ada bebenangnya...

..jpg

Video: Lain padang, lain belalang, KALAU di Penang, JEMAAH solat JUMAAT depa pakat TOLONG tolak KERETA wanita CINA yang ROSAK di tengah jalan sibuk
https://mforum.cari.com.my/forum ... 2340&extra=page%3D2


Quote trakea 13-5-2017 03:10 PM
Apahal mau banding kereta rosak dengan kereta biadab plak
Quote matchstick 13-5-2017 03:13 PM
Kentang.Goreng replied at 13-5-2017 02:56 PM
@spiderman80 dah ada bebenangnya...



Artikel ini dimuatnaik untuk portal.

(mewakili wartawan cari)
Quote trakea 13-5-2017 03:17 PM
Tolak kereta rosak pun mau heboh ka
Quote skinsandstars 13-5-2017 05:18 PM
kelapaparut replied at 13-5-2017 02:24 PM
Melayu2 penang ni jinak sket, melayu johor agak liar ye tgk kjaan negeri la

Huhu setuju.
Quote kiambang 13-5-2017 11:38 PM
Sape sape susah kita patut tolong . Abaikan bangsa dan pemahaman politik .. kita rakyat malaysia patut bangga kita boleh hidup berbilang kaum .
Quote binisupir 14-5-2017 02:23 AM
Bagus .. semoga menjadi teladan kepada semua
Quote swimswim 14-5-2017 05:48 PM
Good.. Be the change that u want
Quote swimswim 14-5-2017 05:48 PM
Good.. Be the change that u want
Quote marla69 14-5-2017 06:20 PM
Well done..berita baik camni kita nak dgr
Quote Jorja 15-5-2017 07:17 AM
Penang lebih kurang sabah sarawak lah kiranya.. kt sini aman damai aje.. biasanya "pendatang" je yg suka buat kecoh even kat tempat otang tuuu
Quote devilito2 15-5-2017 07:43 AM
bagus la...
Quote cheergirlz 15-5-2017 09:03 AM
sebenarnya xda masalah pon..dah terbukti kita boleh bertoleransi..sikap pentingkan diri sendiri yg rugi...
Quote palmolive 15-5-2017 12:09 PM
tolak kete jek pun...

tahap toleransi rakyat malaysia takde la teruk sgt...

elok jek lain2 bangsa bergaul...
Quote Artemesiaa 15-5-2017 04:02 PM
Kalau dah lama berjiran dan bergaul dengan berbagai bangsa dan agama tak ada masaalah selalunya.  Jenis yang baru nak bercampur gaul je selalu ada masaalah.
Quote Emperor95 16-5-2017 09:45 AM
Diantara kebiadapan dan kesukaran memerlukan bantuan jauh berbeza.
Quote nisako 16-5-2017 09:59 AM
bagusssssssss le

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.092915 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top