CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Warga China Diragut Ketika Swafoto Di Dataran Merdeka

12-5-2017 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4866| Komen: 44

Sebelum ini kejadian ragut agak kerap berlaku di beberapa destinasi pelancongan di Kuala Lumpur, namun kebelakangan ini kurang kedengaran.

Bagaimana pun, kelmarin seorang wanita warga China menjadi mangsa ragut ketika sedang berswafoto di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 12.30 tengah hari. 

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa yang merupakan ahli perniagaan diragut ketika sedang "berselfie", oleh sebuah motosikal dari arah belakang.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 41 tahun itu terjatuh."

"Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Tambah Mohd Sukri Kaman, mangsa telah kehilangan dokumen peribadinya.

Mangsa kemudian telah membuat laporan polis di Balai Polis Genting Highland sebelum dia ke luar negara, ujarnya.


Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek terbabit dan Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.- CARI

sumber: Sinar Harian

19

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
22

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan_smsb 12-5-2017 10:14 AM
kat jalan sultan ismail pun banyak berlaku kes ragut ni
mangsa pun kebanyakan nye pelancong
buat malu betullah
Quote kentel 12-5-2017 10:18 AM
kena ragut dkt dataran, pastu naik genting buat report polis semata?
Quote Lorra2411 12-5-2017 10:31 AM
takde masa nak buat police report kat KL ke sampai ke Genting Highlands baru nak buat police report?
Quote zetty1978 12-5-2017 10:33 AM
kentel replied at 12-5-2017 05:18 AM
kena ragut dkt dataran, pastu naik genting buat report polis semata?

Rasanya dia ikut tour bus ni .. dh abis pusing Dataran Merdeka terus gi naik Genting Highlands .. tour guide xnk buang masa kot kalau singgah any balai polis kt KL .. dh sampai GH br la dia proceed sbb pelancong lain blh gi berjudi while dia wat report polis  
Quote manehnya 12-5-2017 10:33 AM
welcome to malaysie
Quote saladin780 12-5-2017 10:40 AM
kalu baca kt forum2 internasional..KL n malaysia amnya dah memang ngetop pun dengan jenayah ragut..tahniah lah ya
Quote myakayina 12-5-2017 10:42 AM
buat malu jer..sialan punya peragut...
Quote marla69 12-5-2017 10:56 AM
Buat malu malaysia
Quote aleesyasofia 12-5-2017 10:59 AM
bikin malu saja..
Quote leylapple 12-5-2017 11:18 AM
saladin780 replied at 12-5-2017 10:40 AM
kalu baca kt forum2 internasional..KL n malaysia amnya dah memang ngetop pun dengan jenayah ragut..t ...

from bottom to the top msia nie glamer pasal crime samun dan ragut.

apa nak jadi la...
Quote rambut 12-5-2017 11:24 AM
leylapple replied at 12-5-2017 11:18 AM
from bottom to the top msia nie glamer pasal crime samun dan ragut.

apa nak jadi la...

nak buat camno, kecik2 bawah umur dah diajar mencuri kat supermarket.
kan @NAT_11 kan???


bahahhahaha






Quote Andyscenes 12-5-2017 11:28 AM
Aku penah kejar peragut ni dekat dataran merdeka, dia acu parang kat aku. Masalahnya aku sorg je yg kejar. Org lain tengok je. Terpaksa aku undur diri memikirkan nyawa sendiri.
Quote AbukRokok 12-5-2017 11:32 AM
letak peragur sbg pensabotaj ekonomi
tambah pengambilan polis sehingga 350000 anggota plus dpt bagi kerja kpd ank muda yg terliur tgk kerja polis yg gaji besar

hentikan pengambilan pendatang asing
Quote rambut 12-5-2017 11:32 AM
Andyscenes replied at 12-5-2017 11:28 AM
Aku penah kejar peragut ni dekat dataran merdeka, dia acu parang kat aku. Masalahnya aku sorg je yg  ...

sebab orang lain pikir dulu sebelum buat benda bodoh, tak macam lu, dah buat benda bodoh baru nak pikir.

bahahhaha


Quote lindarafee 12-5-2017 11:34 AM
memalukan aje para peragut ni
Quote kelapaparut 12-5-2017 11:42 AM
Mmg kl ni bhy byk peragut, iols bjln2 ke bangkok and bali aman2 je xtakut langsung
Quote harkktuih 12-5-2017 11:42 AM
malaysia masih aman la..kes terpencil je ni..saje je nk buruk2 kan nama malaysia..
Quote iloveyou 12-5-2017 11:44 AM
memalukan msia je ada perangai busuk cmni
Quote Andyscenes 12-5-2017 11:47 AM
rambut replied at 12-5-2017 11:32 AM
sebab orang lain pikir dulu sebelum buat benda bodoh, tak macam lu, dah buat benda bodoh baru nak  ...

Kau kot peragut tu.  

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.189964 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top