Selepas lama hidup sebagai gelandangan, penyanyi Ben Nathan akan membuat persembahan pada Konsert Kasih dan Harapan Ben Nathan yang akan berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang, pada 21 Mei ini.
Memetik Harian Metro, Ben yang dilihat semakin pulih yakin dapat memberikan persembahan terbaik selepas bertahun-tahun hidup sebagai gelandangan. “Keadaan saya beransur baik cuma batuk-batuk saja. Sememangnya saya rindu untuk kembali membuat persembahan. “Walaupun masih dalam proses rawatan, ia tidak menjadi penghalang untuk saya tampil dalam konsert itu,” katanya. Ben yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Petaling Jaya.
Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) bekerjasama dengan Jojo Events menganjurkan konsert itu bagi membantu penyanyi popular era 1980-an itu. Dalam masa sama, konsert itu merupakan proses bantuan fasa kedua kepada Ben atau nama Islamnya, Ben Adam Abdullah. "Fasa pertama sudah berlangsung dengan jayanya apabila pihak YA1M membantunya mendapatkan rawatan dan tempat tinggal. "Dalam konsert itu, Ben akan mempersembahkan empat lagu popularnya antaranya Stanza Sepi Sekeping Hati dan Ilusi Satu Pernantian. "Pihak kami akan membuka tabung khas untuk Ben dan dana yang berjaya dikutip itu (hasil jualan tiket konsert) akan digunakan untuk perubatan, kebajikan dan keperluan Ben," kata Presiden YA1M, Datuk DJ Dave. Apakah Ben Nathan mampu mengembalikan zaman kegemilangannya? Sama-sama kita tunggu persembahannya nanti. - CARI
|
12
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
whadda replied at 10-5-2017 04:01 PM
Harap2 ramai la yg pegi tengok..
ADVERTISEMENT