Kebanyakan gadis muda zaman sekarang memang suka benar memakai seluar jean yang ketat. Trend katanya, tambahan pula bila memakai jean ketat atau lebih dikenali dengan skinny jeans ini membuatkan kaki nampak lebih panjang dan memberi ilusi tinggi lampai.
Namun di sebalik gaya ini, berapa ramai agaknya yang sedar kemudaratan yang boleh berlaku pada diri sendiri akibat dari pemakaian celana ketat? Ini antara kesan bahayanya: 1. Menurut pakar ginekologi Tami Rowen seperti yang dinyatakan dalam portal Self, memakai jeans ketat akan menyebabkan kemaluan anda terdedah kepada risiko jangkitan akibat luka daripada pergeseran yang kasar antara celana dan kulit.
2. Bukan itu sahaja, menurut Ketua Unit Fisioterapi, Zunaidah Abu Samah, wanita yang kerap mengenakan jean ketat terdedah kepada risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang. 3. Kesan jangka panjang pula akan menyebabkan peha dan kaki kebas dan penyakit ini dipanggil sebagai meralgia paresthetica. 4. Tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha. 5. Lebih menakutkan pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskuloskeletal (tulang dan otot) yang serius pada diri seseorang. Mengerikan betul bukan?Jadi kepada kaum wanita sekalian, elakkan dari terlalu kerap memakai skinny jeans bagi menghindarkan perkara yang dinyatakan di atas menimpa diri anda kelak. -CARI
|
20
Bagus |
13
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT