Geng kunyit buat hal lagi! Kali ini seorang lelaki gay menyamar sebagai wanita di Facebook (FB) untuk memperdayakan kaum lelaki sehingga mereka mengalami kerugian RM7,000 - RM16,000.
Seorang pengguna FB dengan nama Manna Melynna memuat naik sebuah status menunjukkan hasil siasatannya sendiri terhadap suspek terbabit.
"Hasil siasatan saya, Haris Syakirin Shukri, 23, berasal dari Kampung Belakang Pendang, Kedah, menggunakan gambar orang lain dan menyamar menjadi Chinta Chanduri dan Syarifah Syakilla dengan menagih simpati orang kononnya dia janda anak satu, bercerai kerana dipukul suami," katanya. Tambah Manna, suspek turut mengajak mangsa untuk bertunang atau berkahwin, lalu disuruh memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya untuk membeli cincin tunang atau kahwin. Apa yang melucukan, selepas berjaya 'dicekup' suspek bagaimanapun mendakwa dirinya disihir seseorang di mana dia disihir masuk ke dalam badan seorang lelaki. Dan dia perlu minum sperma orang yang dia suka kalau nak kembali ke susuk tubuh asal. "Secara berdepan, saya agak terkejut kerana dia memang pandai meniru suara perempuan. "Mangsanya kebanyakan orang Melayu dan warga asing terutama dari Indonesia yang mengalami kerugian sebanyak RM7,000 hingga RM16,000," katanya. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata hairan bagaimana mereka boleh percaya untuk memberikan sejumlah wang besar walaupun masih belum pernah bersemuka. "Paling bodoh rasanya bank in 7k nak beli cincin tunang, tapi tak pernah jumpa bakal tunang. Tak masuk akal," komen netizen. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Diharap kejadian sebegini tidak berulang lagi. Kepada pengguna laman sosial, janganlag sewenangnya memberikan wang kepada sesiapa yang dikenali menerusi laman sosial. Siasat dahulu latar belakangnya. Apapun, hebat juga Manna ni ya. Dah boleh jadi detektif persendirian ni. - CARI Loading FB Post... Loading FB Post... |
vanillaninja replied at 3-5-2017 12:22 PM
Yang masing2 pakat transfer duit tu dah kenapa? Senang2 je theyols ni tertipu eh. Amount ribu2 pulak ...
chinta89 replied at 3-5-2017 04:52 AM
sb kepingin sgt nk bakal bini kulit peloles ala2 hijabista.. sb tu sanggup pcya bulat2 sb gmbr yg ...
ADVERTISEMENT