CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khabar Kematian Pengganas Wanndy Belum Disahkan Lagi- Noor Rashid

3-5-2017 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1979| Komen: 1

Description: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya kini masih lagi memantau kesahihan berita berkenaan yang mendakwa pengganas warga Malaysia itu telah terkorban dalam satu sera ...
Baru-baru ini tersebar berita yang mengatakan Muhammad Wanndy atau turut dikenali sebagai Abu Hamzah al-Fateh dipercayai ketua militan Daish Asia Tenggara telah meninggal dunia.


Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya kini masih lagi memantau kesahihan berita berkenaan yang mendakwa pengganas warga Malaysia itu telah terkorban dalam satu serangan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi kepada Timbalannya Datuk Hasnan Hassan di Ipoh kelmarin.

“Baru-baru ini kita dapat berita bahawa Wanndy telah meninggal dunia, iaitu terbunuh dalam satu serangan di Syria. Tapi hingga hari ini kita belum dapat pengesahan. Kita sedang memantau."

“Mungkin kita dapat sahkan berita ini (iaitu) kita akan buat satu kenyataan khas kalau betul berita ini. Rasanya, ia berita baik dalam usaha kita memerangi keganasan,” ujar Noor Rashid.


Pada 29 April lalu, isteri Muhammad Wanndy, Nor Mahmudah Ahmad, 28, memuat naik status di laman Facebook membayangkan bahawa suaminya itu telah terbunuh dalam serangan menggunakan dron di Ma'dan, Syria

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Muhammad Wanndy sebenarnya bertindak berpura-pura mati untuk mengelak dirinya daripada dikesan oleh musuh dalaman yang ingin membunuhnya berikutan dia dikatakan telah menyalahgunakan dana Kumpulan Militan IS. - CARI

sumber : internet


13

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 3-5-2017 04:31 PM
tak mampos dengan pdrm
mampos dengan daesh sendiri
adios amigo!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070885 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top