Dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini kira-kira 7.13 pagi tadi.
Insiden pada 7.13 pagi itu membabitkan pesawat Boeing 738 menyebabkan Landasan 2 di KLIA ditutup. Memetik laporan Bernama, Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini berkata penumpang dan anak kapal selamat turun dari pesawat dan dipindahkan ke terminal menaiki bas dengan bagasi mereka juga dihantar ke terminal dengan bas. Sementara itu, Malaysia Airlines berkata ia akan menyiasat punca kejadian berkenaan dan landasan 2 di KLIA ditutup sehingga diberitahu kelak. "Berikutan kekurangan pesawat, beberapa penerbangan menggunakan pesawat ini akan dinaik taraf iaitu ia akan dikendalikan pesawat Airbus 330 dan kami sedang mengkaji untuk mengerahkan pesawat Airbus 380 untuk memberi perkhidmatan di laluan Australia," menurut kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu memberi jaminan bahawa keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines dan melahirkan rasa kesal atas kesulitan yang berlaku kepada penumpang.- CARI |
14
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
22
Sedih |
14
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT