"Maigod, tempo Syamel ni ke laut." Demikianlah antara komen dilemparkan terhadap persembahan Syamel pada acara karpet merah Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017), malam Ahad lalu.
Pun begitu, Syamel tidak cepat melatah dan menyalahkan netizen yang mengkritik nyanyiannya yang ke 'laut' itu. Memetik mStar Online, Syamel sendiri terkejut dengan situasi itu kerana tidak menyangka persembahannya kedengaran sumbang apabila ditonton menerusi kaca televisyen. "Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi apabila saya menonton sendiri persembahan saya di televisyen ia memang ke 'laut'.
"Wahal semasa menyanyi secara langsung rasanya tiada sebarang masalah malah nada nyanyian saya juga baik dan mengikut tempo. "Malah saya hadir sesi latihan sebagai mempersiapkan diri selain untuk memastikan tidak akan timbul masalah," katanya kepada mStar Online. Menjelaskan isu terbabit, Syamel menyatakan kemungkinan ia berlaku disebabkan masalah teknikal. "Apa yang saya perhatikan penonton yang berada di karpet merah semua menyanyi bersama dan tiada pula beritahu saya menyanyi sumbang. "Saya sendiri tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang dan ia mungkin kerana masalah teknikal," jelasnya. Macam mana boleh ke laut ni Syamel? Diharap peminat bersabar ya. Manusia memang takkan lepas dari melakukan kesalahan. Semoga kejadian sama tak berulang kelak. - CARI
|
11
Bagus |
17
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lotionmilo replied at 25-4-2017 03:40 PM
Tp lagu Ame tu sedap sebab dia nyanyi
Tahniah
lazim replied at 25-4-2017 02:56 PM
kenapa pakaian syamel mcm org tua
BebeQ replied at 25-4-2017 04:36 PM
pop yeh yeh sangat
retis kemain la rajin berspek mata hitam bagai bila diatas pentas mahupun ...
ADVERTISEMENT