"Anggota APM memecahkan lantai simen rumah emak dan alangkah terkejutnya kami melihat selonggok telur ular di bawah lantai berkenaan."
Demikian luahan seorang anak berhubung pemenuan mengejutkan apabila ibunya,Siti Halimah Karimunyang berusia 82 tahun mendapati kelibat ular keluar masuk di rumahnya sejak semalam. Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Salihin Asmawi berkata, pada permulaan ibunya hanya menyangka ular itu tersesat memasuki rumahnya, namun tanpa disangka ianya merupakan petanda bahawa reptilia itu bertelur di kediamannya. "Saya kemudiannya menelefon Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk bagi memaklumkan kejadian sebelum mereka tiba di rumah emak saya sebentar tadi." Setelah pemeriksaan dijalankan, anggota APM menemui 14 biji telur ular hasil aduan Siti Halimah bahawa terdapat satu lubang kecil di dalam rumahnya. Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Bagan Datuk, Leftenan Mohd Zaidi Ahmad berkata, anggota APM masih lagi berusaha mengesan ular berkenaan sehingga jam 11 malam.
"Kami ada mendengar bunyi ular berkenaan di dalam lubang sarang ia bertelur tetapi lubang tersebut terlalu dalam dan usaha mencari ular tersebut masih lagi dijalankan," katanya.- CARI |
21
Bagus |
13
Marah |
23
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT