“Dulu, kami main pakai kasut sekolah sahaja sebab nak beli but agak mahal. Walaupun harga but dulu RM19, tapi bagi kami orang dulu-dulu, harga tersebut agak mahal.”
Demikian imbasan legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh tentang penglibatannya dalam sukan bola sepak, padang bola sepak di Kampung Baru Ayer Panas, Kuala Lumpur, menjadi medan pertamanya mengasah skil dalam sukan yang dicintainya. Memetik laporan Sinar Harian, Santokh berkata, beliau akan memastikan dirinya berada di padang setiap petang untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Menceritakan suasana arena bola sepak ketika itu, jelas Santokh, kepelbagaian bangsa dan warna kulit bukanlah isu besar dalam sukan nombor satu Malaysia. “Saya main dengan kawan pelbagai bangsa dan waktu main, kita tidak pernah diskriminasi sesama sendiri. Tidak ada masalah untuk kita main campur-campur dalam satu pasukan."
Tambah beliau, bahkan semasa latihan, para pemain menggunakan bahasa masing-masing ketika mengusik rakan-rakan walaupun kawan mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. “Tapi dalam perlawanan sebenar, kami akan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan Inggeris supaya masing-masing faham arahan diberikan,” selorohnya. Apa yang lebih menarik, semasa menghadiri kem latihan pusat pasukan kebangsaan, kesemua pemain akan tinggal sebilik di dalam asrama yang ditempatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Walaupun tinggal bersama rakan-rakan berbeza agama, katanya, semua pemain tidak mengalami masalah untuk tinggal sebumbung. Santokh mengakui masih melihat orang Cina, India, Melayu dan kaum lain boleh bersembang di mana-mana tempat yang ditujuinya, ini membuktikan hubungan sesama kaum di negara ini masih utuh dan akrab.- CARI |
9
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
OmJualGas replied at 17-4-2017 11:51 AM
sekarang itu ketuanan saja yang pandai main bola ni. c mungu mau jadi wakil pun tida dapat....{:1_5 ...
grouper replied at 17-4-2017 03:04 PM
Tmj patut wat polisi br utk player kebangsaan..amik player yg volunteer nak main team kebangsaan tap ...
ADVERTISEMENT