View: 1493|Reply: 9
|
Santokh Singh Imbau Kenangan Pahit Pembabitannya Dalam Dunia Bola sepak
[Copy link]
|
|
“Dulu, kami main pakai kasut sekolah sahaja sebab nak beli but agak mahal. Walaupun harga but dulu RM19, tapi bagi kami orang dulu-dulu, harga tersebut agak mahal.”
Demikian imbasan legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh tentang penglibatannya dalam sukan bola sepak, padang bola sepak di Kampung Baru Ayer Panas, Kuala Lumpur, menjadi medan pertamanya mengasah skil dalam sukan yang dicintainya.
Memetik laporan Sinar Harian, Santokh berkata, beliau akan memastikan dirinya berada di padang setiap petang untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakan.
Menceritakan suasana arena bola sepak ketika itu, jelas Santokh, kepelbagaian bangsa dan warna kulit bukanlah isu besar dalam sukan nombor satu Malaysia.
“Saya main dengan kawan pelbagai bangsa dan waktu main, kita tidak pernah diskriminasi sesama sendiri. Tidak ada masalah untuk kita main campur-campur dalam satu pasukan."
Tambah beliau, bahkan semasa latihan, para pemain menggunakan bahasa masing-masing ketika mengusik rakan-rakan walaupun kawan mereka tidak memahami apa yang diperkatakan.
“Tapi dalam perlawanan sebenar, kami akan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan Inggeris supaya masing-masing faham arahan diberikan,” selorohnya.
Apa yang lebih menarik, semasa menghadiri kem latihan pusat pasukan kebangsaan, kesemua pemain akan tinggal sebilik di dalam asrama yang ditempatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Walaupun tinggal bersama rakan-rakan berbeza agama, katanya, semua pemain tidak mengalami masalah untuk tinggal sebumbung.
Santokh mengakui masih melihat orang Cina, India, Melayu dan kaum lain boleh bersembang di mana-mana tempat yang ditujuinya, ini membuktikan hubungan sesama kaum di negara ini masih utuh dan akrab.- CARI
sumber foto: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
bila otai dan legend berbicara..banyak ilmu dan tips yang diberi..jauh beza dgn skrg..terbaik dari dato santokh singh..semangat bola, kesukanan, persahabatan dan tentang negara perlu dicontohi... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by OmJualGas at 17-4-2017 11:52 AM
sekarang itu ketuanan saja yang pandai main bola ni. c mungu mau jadi wakil pun tida dapat.... |
|
|
|
|
|
|
|
DULU main bola untuk negara
SEKARANG main bola untuk glamour |
|
|
|
|
|
|
|
Bersabar Datuk. Itu semua bakal berubah sebab TMJ dah memimpin FAM.
Cumanya, TMJ janganlah hati tisu cepat sangat becerita nk step down bila ada isu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tmj patut wat polisi br utk player kebangsaan..amik player yg volunteer nak main team kebangsaan tapi sanggup kena peraturan yg strict gile cth elaun bagi ciput je bagi cukup2 mkn je..hostel kalu boleh cari yg dorm yg boleh muat ramai2 tu..penggunaan smartphone sgt terhad, merokok,clubbing n aktvt x sihat diharamkan xde peluang kedua klau kena tangkap..tgk sape yg sanggup |
|
|
|
|
|
|
|
OM...ada jual gas?? kau pandai main bola OM?..langsung tendeng??
|
|
|
|
|
|
|
|
tmj buat banyak perubahan..harap harap berbalui...tapi tukar nama team tu team harimau malay saya nampak salah...sbb org borneo mcm tak ada tempat langsung..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi sayang anak dia kaki bangku..satu sekolah dengan aku anak dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|