Mayat individu kulit hitam yang merupakan hakim wanita pertama Muslim dilantik di Amerika Syarikat (AS) ditemui di Sungai Hudson, kata jurucakap polis tempatan hari ini.
Memetik laporan Reuters, jasad Sheila Abdus-Salaam yang berusia 65 tahun serta berkhidmat di mahkamah tinggi New York itu dijumpai tidak bernyawa dan terapung di barat Manhattan, Amerika Syarikat pada Rabu. Pihak polis New York terpaksa menarik mayat allahyarham yang masih lagi berbalut lengkap berpakaian ke tebing sungai tersebut pada sekitar pukul 1.45 tengah hari Rabu waktu tempatan atau 1.45 pagi Khamis waktu Malaysia. Jurucakap polis memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti waris ahli keluarganya dan selesai melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah Sheila untuk menentukan punca penyebab sebenar kematian mangsa tersebut. Allahyarham yang berasal dari Washington DC, menjadi wanita berdarah Afrika-Amerika yang pertama dilantik bertugas di mahkamah tinggi daerah itu ketika Gabenor Mario Cuomo memilihnya untuk ditugaskan pada 2013 lalu.
Terdahulu, akhbar berpengaruh The New York Post melaporkan, allahyarham dilaporkan telah hilang dari rumahnya di Harlem, New York sejak pagi Rabu dan usaha untuk menghubungi keluarganya juga tidak berjaya.- CARI |
19
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 13-4-2017 01:59 PM
sebab dia muslim atau sebab dia hakim yang adil?
dauswq replied at 13-4-2017 02:04 PM
ade kemungkinan suspek berkenaan dgn rulling case nya..
cthnya, kes korupsi melibatkan ahli polit ...
AmandaRollins replied at 14-4-2017 12:50 AM
Rasanya hakim ni mmg mati dibunuh..coz she is muslim n black..kt us kn femes hate crime ni..mostly r ...
ADVERTISEMENT