Apa!? Nutella boleh dijadikan sapuan masker wajah, boleh percaya ke ni? Kalau dah Kate Middleton pun guna sapuan coklat hazelnut ini untuk buat wajahnya kelihatan 'glowing', kenapa tidak kita kan?
Memetik Indian Express, jurusolek peribadi isteri kepada Putera William, Debora Mitchell mendedahkan rahsia kecantikan Duchess of Cambridge itu. Kate dikatakan menggunakan sapuan Nutella sebagai bahan asas untuk membuat homemade masker yang lebih selamat untuk melembapkan kulit wajah serta menjadikannya kelihatan glowing. "Saya mengamalkan pemakaian masker Nutella ini di rumah, malah saya juga menggunakan kaedah sapuan ini kepada pelanggannya seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow," katanya. Kalau anda berminat mahu membuat skrub wajah sendiri (DIY), Debora berkata anda hanya perlu campurkan satu jar sapuan coklat, gula dan balsam bibir (lip balm). Kemudian, sapukan ke seluruh wajah dan urut perlahan. Jika kaedah tadi pelik, anda akan rasa cara ini pula menggelikan iaitu memakai stoking yang diisi pisang dan avocado lenyek. Memetik majalah Fashion, Debora mengesyorkan kaedah ini bagi membantu masalah tumit merekah. Selain itu, katanya mandian oat akan menjadikan kulit tubuh lebih halus dan gebu. Walau apapun, mungkin ada sesetengah individu tidak sesuai dengan kaedah disebutkan di atas. Jika anda mahu kulit cantik seperti kerabat diraja, sudahkah anda bersedia untuk mengambil risiko ini? - CARI
|
38
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
24
Sedih |
18
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT