CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhirnya, Hadi Bentangkan Usul Pindaan Akta 355 Di Dewan Rakyat

6-4-2017 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 20923| Komen: 416

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan usul persendirian yang dibawanya bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 atau Akta 355 di Dewan Rakyat pada sekitar jam 12.30 tengahari tadi.




Tegas Abdul Hadi, pemindaan Akta 355 tersebut tidak akan memberi kesan kepada hak asasi rakyat Malaysia yang bukan Islam, dan juga ianya tidak melanggar perlembagaan persekutuan negara kita yang sedia ada. 

Pada November tahun lalu, Abdul Hadi pernah mencadangkan usul dengan meminta dewan rakyat meminda Akta 355 untuk memberi kuasa kepada mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih berat dan berhak menjatuhkan sebarang hukuman selain hukuman mati.

Rabu minggu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU berkenaan, selaras dengan amalan membuat keputusan berasaskan konsensus dalam kalangan parti-parti komponen.


Najib berkata, ia kekal sebagai RUU persendirian dan terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memutuskan sebarang ketetapan berkaitan RUU tersebut di Parlimen.

Walau bagaimana pun, ada ahli UMNO memaklumkan, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mempengerusikan mesyuarat ahli parlimen Barisan Nasional beritahu, Abdul Hadi hanya dibenarkan membentangkan usul Akta 355, tetapi Dewan Rakyat tidak akan mengadakan perbahasan usul tersebut. - CARI




20

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 6-4-2017 03:53 PM
baru bentang..tetapi dewan rakyat tidak akn membahaskan usul tersebut...errmm..ntah laa..
Quote rashiman 6-4-2017 11:26 PM
Alhamdulillah...berjaya dibentangkan di Parlimen...semoga dibahaskan pada sidang akan datang dan mendapat sokongan Ahli Parlimen.
Quote rashiman 6-4-2017 11:31 PM
cheergirlz replied at 6-4-2017 03:53 PM
baru bentang..tetapi dewan rakyat tidak akn membahaskan usul tersebut...errmm..ntah laa..

sebatan cara syariah.

“Bunyi 100 (seperti banyak), tetapi 100 rotan (di bawah undang-undang syariah) adalah lebih ringan daripada satu sebatan sivil,” katanya.
Hadi semasa membentangkan usulnya itu juga menekankan hukuman di bawah undang-undang Islam itu bertujuan untuk mendidik, bukan untuk menyeksa.
Bukan automatik
“Sebatan dalam Islam bukan sebatan sivil, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tak berat dan tidak ringan,
“(Tangan) tak boleh angkat lebih tinggi dari kepala, tak boleh (hingga) menyiat kulit, tak boleh cederakan, untuk malukan bukan cederakan.
“Kalau orang kurus kalau sebat kena tulang, Rasulullah suruh guna seratus batang ranting dan sebat sekali sahaja,” katanya.
Quote dess402 6-4-2017 11:36 PM
cheergirlz replied at 6-4-2017 03:53 PM
baru bentang..tetapi dewan rakyat tidak akn membahaskan usul tersebut...errmm..ntah laa..




bentang saja tapi tak tau nak bahas pada

kurun bila .  sekadar janji2 sebelom pilihanraya .




Quote pyropura 7-4-2017 02:49 AM
dess402 replied at 6-4-2017 11:36 PM
bentang saja tapi tak tau nak bahas pada

kurun bila .  sekadar janji2 sebelom pilihanraya ...

Dan kalau bahas pun belum tentu lulus ...  
Quote miemiecha 7-4-2017 08:46 AM
harap berjaya lah ek.. nak tgk kepimpinan terima ke idak
Quote dodolgemok 7-4-2017 08:59 AM
Dah bentang tpi tangguh perbahasan supaya dapat drag isu ni smpai ke time pru14. Lepastu bila dah bahas pon, dapat ke usul persendirian ni diluluskan? Macam mana dgan majority ahli dewan, nak sokong ke? Kalau sape2 perasan, smalam time pembentangan usul, mca mic gerakan dan parti sabah sarawak sikit pon xberdecit. Nampak x mereka begitu konfiden yg usul ni xkan diluluskan sebab mereka terang2 menentang usul ini lagi2 sabah srwak. Permainan umngok begitu licik. Walaun pas pulak bodoh2 dok melompat2 kegirangan sebab dah bentang usul. Bentang je pon! Kahkahkah...!!
Quote kecimpret 7-4-2017 09:02 AM
patut thn lepas lg dah dibentang tp tangguh



sendiri tangguh...sendiri bentang...pastu syok sendiri



Quote xy_daen 7-4-2017 09:04 AM
Lobai munafik..
Quote kecimpret 7-4-2017 09:10 AM
dodolgemok replied at 7-4-2017 08:59 AM
Dah bentang tpi tangguh perbahasan supaya dapat drag isu ni smpai ke time pru14. Lepastu bila dah ba ...

aku dgr ostad nasrudin tantawi smp nangis gumbira dpt bentang...smp gitu sekali...tak dpt bayang kalo usul ni gagal nnt..konfom kesian


Quote FanTasyCreaTioN 7-4-2017 09:17 AM
kecimpret replied at 7-4-2017 09:02 AM
patut thn lepas lg dah dibentang tp tangguh
Bang .. nak tanya ..
apa makna nya :
Abdul Hadi hanya dibenarkan membentangkan usul Akta 355, tetapi Dewan Rakyat tidak akan mengadakan perbahasan usul tersebut.
kalau tak ada perbahasan .. camne tu ey?

Thanks in advance
Quote kecimpret 7-4-2017 09:23 AM
FanTasyCreaTioN replied at 7-4-2017 09:17 AM
Bang .. nak tanya ..
apa makna nya :
kalau tak ada perbahasan .. camne tu ey?

tu maknanya ada kepentingan politik...dorang peralat undang2 syariah utk meraih sapot dr rakyat...bila x kasi bahas maka keputusan lulus atau tak akan tergantung..dorang pun leh mendabik dada 'kami berusaha perkasakan syariah'...realitinya undang2 syariah diperalatkan...perasan tak usul 355 ni hanya muncul hari terakhir sidang?
Quote FanTasyCreaTioN 7-4-2017 09:29 AM
kecimpret replied at 7-4-2017 09:23 AM
tu maknanya ada kepentingan politik...dorang peralat undang2 syariah utk meraih sapot dr rakyat... ...
kira nya .. blom ada keputusan lah yer .. samada d luluskan atau tak ..
kena tunggu lagi ..
lepas ni nak tunggu apa bang?

dan makna nya ..
kalau d bahaskan .. kira nya dah ada ketentuan .. ramai yang menyokong atau menolak .. betul?

sekadar nak faham ..
tak mampu nak komen lelebih

Terimakasih sekali lagi bang
Quote whitemagic 7-4-2017 09:31 AM
dodolgemok replied at 7-4-2017 08:59 AM
Dah bentang tpi tangguh perbahasan supaya dapat drag isu ni smpai ke time pru14. Lepastu bila dah ba ...

yang menentang RUU355 adalah parti anti islam terbesar di Malaysia - DAP

parti dari Sarawak sudah mula menyokong RUU355 kerana mereka hidup dalam keadaan harmoni. dan bukannya anti islam seperti DAP

SPDP sokong RUU 355 Pas

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional telah mulai memperlihatkan perubahan dari segi pendirian terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) oleh Pas.

Jika sebelum ini, ada yang kelihatan mahu bertegas tidak akan menyokong pindaan berkenaan, tetapi sejak beberapa hari lalu, sudah mulai kedengaran perubahan pendirian.

PAS menyambut baik pendirian Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing apabila menyatakan sokongan kepada yang diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kini, sebuah parti dari Sarawak, SPDP yang dipimpin oleh Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan akan menyokong  pindaan  RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak parti itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pendirian  SPDp seperti dinyatakan King Sing untuk tidak campur tangan dilihat rasional dan berfakta tanpa emosi.



Kelmarin,  Tiong menjelaskan bahawa Akta 355 bukan undang-undang hudud dan pindaannya hanya membabitkan kepentingan Islam.

Beliau dipetik sebagai berkata, empat Ahli Parlimen SPDP tidak akan membantah jika pindaan itu dimahukan oleh orang Islam.

“Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama orang Islam,” kata Ahli Parlimen Bintulu itu.


Quote whitemagic 7-4-2017 09:33 AM
FanTasyCreaTioN replied at 7-4-2017 09:29 AM
kira nya .. blom ada keputusan lah yer .. samada d luluskan atau tak ..
kena tunggu lagi ..
lepas ...

perbahasan seterusnya bulan Julai

akan buat macam tu
diluluskan.... selepas itu akan ada feel good factor untuk BN dan PAS ... orang melayu akan masih ingat lagi RUU355 diluluskan
pilihanraya buat bulan september dan BN dan PAS akan menang besar sementara DAP  / PH akan dillihat sebagai anti Islam dan kalah teruk

itu perancangannya

kalau bahas semalam, feel good factor takkan dapat dibawa sampai bulan september

kalau buat bulan julai, akan ada feel good factor sampai september
Quote atira 7-4-2017 09:37 AM
weols tak sabo nak tunggu bahas
Quote whitemagic 7-4-2017 09:42 AM
kecimpret replied at 7-4-2017 09:23 AM
tu maknanya ada kepentingan politik...dorang peralat undang2 syariah utk meraih sapot dr rakyat... ...

private bill memang order terakhir lah itu pun mahu dipersoalkan ke

mereka dah bahas sampai 5.30 pagi hari sebelum...

kau pun tahu kan, betapa bencinya DAP terhadap Islam. tak mustahil DAP akan menyerang agama Islam secara habis habisan di parlimen sekiranya usul ini dibahaskan dan akan mengambil lebih berpuluh puluh jam lagi
bagilah MP berehat dan usul ini dibahaskan pula pada sesi akan datang


Quote mimiquee 7-4-2017 09:50 AM
Alhamdulillah.....syabas
Quote spankee_fili 7-4-2017 09:50 AM
kesiannya dengar Hadi bentang..
macam sedih macam tua sangat dah..

Lihat semua komen(416)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.130961 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top