Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir awal di pusingan pertama dalam kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching yang berlangsung semalam.
Memetik laporan Bernama, pemegang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu tewas selepas bertarung dalam tempoh 36 minit menentang pasangan Hong Kong, Chin Chung-Tang Chun Man 21-17, 23-21. Menurut Wee Kiong, kekalahan tersebut bukan atas faktor tekanan daripada penyokong sendiri, sebaliknya disebabkan mereka lewat membuat kebangkitan. “Bukan disebabkan penonton tapi adalah kesilapan dari diri. Kita lambat bangkit kembali dan nyata ia mengganggu rentak permainan.” Namun kekecewaan peminat terubat apabila satu lagi pasangan negara, Choo Kah Ming-Low Juan Shen meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei-Lee Yang 22-20, 21-16. Pasangan Kah Ming-Juan Shen menamatkan permainan dalam masa 37 minit.- CARI
|
17
Bagus |
16
Marah |
28
Terkejut |
21
Sedih |
28
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT