Susulan insiden kehadiran tikus, bahagian barang runcit Pasar Raya Aeon, One Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac lepas untuk tempoh 14 hari.
Memetik laporan mstar, perkara tersebut disahkan oleh ketua pengarah kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun beliau turut memaklumkan sekiranya pemeriksaan semula kebersihan premis oleh KKM mencapai tahap memuaskan, premis tersebut boleh beroperasi semula lebih awal. Berita mengenai penutupan bahagian barang runcit pasar raya terbabit menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu dengan satu rakaman video menunjukkan seekor tikus berada di atas rak yang menempatkan minuman. Dalam pada itu, Noor Hisham berkata KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan secara rutin. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq, jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.- CARI
|
15
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
R2D2 replied at 3-4-2017 11:06 PM
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia berkata bahagian runcit pasar raya Aeon 1Utama, Bandar ...
ADVERTISEMENT