Sungguh membanggakan apabila Puteri Hang Li Po yang terkandung dalam sejarah Melayu yang kita pelajari di waktu persekolahan dahulu kini disebut di dalam drama popular Korea.
Memetik portal kmania.info, intipati sejarah yang terkandung dalam Sejarah Melayu, atau dikenali sebagai Sulalatus Salatin disebut dalam drama 30 episod SBS Saimdang. Mengikut Sejarah Melayu, sebagai menghargai hubungan diplomatik yang baru terjalin antara Empayar dinasti Ming China dengan Melaka pada masa itu, Empayar dinasti Ming China telah menghantar rombongan meminang yang diketuai oleh Laksamana Zheng He atau Cheng Ho. Rombongan ini berhasrat untuk mengahwinkan puteri Maharaja Yong Le, Hang Li Po kepada Sultan Mansur Syah.
Seramai lebih seratus orang yang berketurunan Cina dibawa daripada Nanjing dan Beijing ketika itu. Hasilnya, keturunan mereka beranak-pinak menjadi Cina peranakan Baba Nyonya yang dapat kita lihat di Melaka pada hari ini. Anehnya, sejarah China tidak tercatit nama Hang Li Po di dalam senarai putera puteri kepada Maharaja Yong Le tetapi ada menyebut kedatangan rombongan Melaka ke China untuk mengikat hubungan diplomatik. Berbalik pada drama Saimdang tadi, Lee Gyeom (Song Seung Hun) yang baru pulang daripada pengembaraannya merentasi sempadan China telah menyatakan kewujudan empayar Kesultanan Melaka di mana dia mendapat khabar berita bahawa rombongan China ke Melaka pada masa itu telah membentuk komuniti Baba Nyoya. Lee Gyeom juga meyakinkan mereka terdapat satu empayar yang lebih hebat daripada dinasti Ming China yang mana orang-orangnya memiliki mata berwarna biru, kemungkinan empayar Byzantine yang dimaksudkannya. Lee Gyeom menunjukkan kepada mereka sejenis rempah ratus yang diperolehinya di Jalan Sutera yang didakwa lebih mahal daripada emas. Anda boleh lihat petikan adegan tersebut di minit ke-50 dalam episod ke-19 drama berkenaan. - CARI |
17
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
17
Sedih |
24
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 3-4-2017 03:19 PM
Sebab tu suka tonton citer ala sejarah cam ni sebab banyak citer mengenai sejarah akan diceritakan
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 04:22 PM
Bestnya. Nanti nak try tengok lah. Suka cerita sejarah lama-lama macam ni. Dulu Hong Kong selalu pro ...
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 04:22 PM
Bestnya. Nanti nak try tengok lah. Suka cerita sejarah lama-lama macam ni. Dulu Hong Kong selalu pro ...
idakamaruddin replied at 3-4-2017 09:12 AM
tgh tyg dh dh ep 21&22 x slp
lg brp minggu nk hbs cite ni
Artemesiaa replied at 3-4-2017 09:14 AM
Betul tu tapi sekarang production dari china lagi banyak produce citer2 cam tu kadang lagi menarik ...
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 05:19 PM
I dah tertinggal banyak la ni? Dekat TV ada tayang ke? Atau mmg kena tgk online? Tgk dekat T ...
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 05:23 PM
I dulu subscribe Astro Wah La Toi dengan TVB semata-mata nak tgk drama sejarah maharaja dan drama ...
chinta89 replied at 3-4-2017 03:25 PM
cerita fakta mcm ni lagi best dari slot akasia kawin paksa axah2 x suke duk rumah besar bermentuakan ...
idakamaruddin replied at 3-4-2017 09:31 AM
chanel astro one hd 393 dh tyg kalau tgk online pn bole
iols x minat sgt cite sejarah ni..sbb b ...
Artemesiaa replied at 3-4-2017 09:33 AM
Dah makin banyak sekarang cam kdrama gak. Geng dramafever pun rajin update dengan review sekali k ...
idakamaruddin replied at 3-4-2017 04:21 PM
masalahnye cite saeguk mcmni kalau miss lgsg x paham dh nk tgk.. tp mujur la kt porum ada saegukpi ...
ADVERTISEMENT