Baru-baru ini pelakon dan penyanyi, Erra Fazira telah mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aleeysa yang ke 8 tahun. Memetik Berita Harian Plus, di majlis tersebut Erra memberitahu bahawa anak perempuannya, Engku Aleesya sering meluahkan keinginan untuk mendapat adik baru. “Saya hanya memberitahu Aleesya dia perlu menunggu kerana jika bukan saya, mungkin ayahnya yang akan menjadikan keinginannya itu sebagai realiti. Saya langsung tidak tertekan kerana memahami mungkin Aleesya kesunyian tanpa teman untuk bermain” “Terasa pantas masa berlalu, Aleesya kini sudah berusia lapan tahun. Banyak perbezaan yang saya lihat dalam dirinya dan paling penting, Aleesya membesar seiring usia. Alhamdulillah, Aleeysa tidak merasai kekurangan, malah mengerti situasi ibu dan bapanya yang tidak lagi hidup bersama,” katanya kepada Berita Harian Plus mengenai perkara itu.
Seperti yang kita sedia maklum, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin sudah sah bercerai talak satu dan lafaz cerai itu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tahun 2014 lalu. Walaupun dua kali gagal dalam perkahwinannya, Erra dilihat tetap tabah mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal. Semoga suatu hari nanti Erra akan dipertemukan lagi dengan jodoh yang terbaik untuknya. - CARI |
5
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT