CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan 11 Remaja Beraya Gagal Selamatkan Ahli Lemas !

15-8-2013 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4870| Komen: 19

15 Ogos 2013               


SUNGAI PETANI - Kegembiraan untuk mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan maut setelah tergelincir ke dalam kolam terbiar di Kampung Baru Thye Eng, Bedong dekat sini, semalam.
       
        Nur Atika Mahadzir, 12, dikatakan tergelincir ketika cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam kolam itu kira-kira pukul 5 petang.
       
        Rakannya, Nur Najwa Mohd Ahair, 14, berkata dia bersama Nur Atika dan tiga lagi rakan lain iaitu Ainur Atikah Mohd Yazid, 12, Nadia Jamil, 14, dan Saidatul Najwa Shukri, 12, ke kolam berkenaan untuk mengajak sepupunya yang sedang memukat ikan di situ mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di kawasan berhampiran.
       
        "Kami menaiki dua buah motosikal ke lombong itu. Masa nak balik, Atika tergelincir dan seliparnya jatuh ke dalam lombong, dia cuba ambil dengan berpaut pada kami tetapi kejadian yang tidak diduga berlaku.
       
        "Dalam keadaan kelam kabut, hampir 11 remaja lelaki dan perempuan yang ada di situ, termasuk kami berempat, terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Atika namun gagal," katanya ketika ditemui di rumah mangsa hari ini.
       
        Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu Mohd Sofi Md Zain, 36, berkata beliau tiba di tempat kejadian pada pukul 5.45 petang selepas dimaklumkan bahawa ada kanak-kanak lemas di kolam itu.
       
        "Pada mulanya, saya sangka anak saya, tetapi bila tiba di sana, saya lihat anak saya ada di tepi kolam. Saya terjun ke dalam kolam dan kali kedua menyelam baru saya temui kakinya dan terus menariknya ke atas," katanya.
       
        Mayat Nur Atika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bedong kira-kira pukul 10 pagi ini.
       
        Difahamkan, anak sulung kepada pasangan Siti Rahmah Husin, 46, dan Mahadzir Sinin, 42, itu merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman, Bedong, dan bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan.
         
        Rakan sekolahnya, Ainur Atikah berkata Nur Atika yang mempunyai seorang adik, Shahbani, 6, merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan memperoleh keputusan 4A 1B dalam peperiksaan percubaan UPSR.
       
        "Dia dikategori sebagai 12 pelajar terbaik dan pada ujian percubaan sebelum ini, dia menduduki tempat keempat terbaik," katanya. - Bernama

16

Bagus
29

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyqaldina 15-8-2013 03:15 PM
alahai..kalau da ajal kan..100 org selamatkan pon still x boleh..
Quote mak_wa95 15-8-2013 03:15 PM
takziah dan alfatihah........
Quote undark 15-8-2013 03:28 PM
alfatihah...
Quote haryatie 15-8-2013 03:31 PM
Innalillah...
ksiannyer..
smoga makayah dia tabah..
Quote whadda 15-8-2013 03:37 PM
kesiannye... nk amik UPSR plak tuh...
Quote ~boolean 15-8-2013 03:39 PM
masing2 umur tak sampai 15 tahun tapi mak ayah dah kasi tunggang motosikal...
Quote RedClip 15-8-2013 04:32 PM
takziah....
Quote tongkatwaran75 15-8-2013 04:41 PM
~boolean posted on 15-8-2013 03:39 PM
masing2 umur tak sampai 15 tahun tapi mak ayah dah kasi tunggang motosikal...


pastu berkapel-kapel lagik...

pastu masuk youtube , kisah cinta monyet...

pastu tepek pic `putus ' gi nie...



Quote kakikuDibibirmu 15-8-2013 04:48 PM
aku salah baca berjaya gagal
Quote sapp73 15-8-2013 04:50 PM
musim raya ni...memang ramai bebudak berkonvoi beraya naik motosikal, even yang masih bersekolah rendah pun dah berani bawak motor beraya ke hulu ke hilir...mak bapak, pantaulah sikit anak-anak tu, berkonvoi beramai-ramai naik motor tu berisiko menyebabkan kemalangan
Quote chaoyunjie 15-8-2013 05:19 PM
Takziah....Malaysia kehilanagan seorang pelajar terbaik pula tu
Quote tongkatwaran75 15-8-2013 05:35 PM
tak kisah la budak tu cemerlang atau dak...
salahnya bila dah ramai2 gitu pastu kapel2...
biasanya ada musibah...
penah terpikir tak bhw Allah swt tak redha...
Quote Artemesiaa 15-8-2013 05:43 PM
Inalillah... takziah pada keluarga mangsa.  Hati-hati le masa nak gi beraya bukan hanya dijalanraya.
Quote jeeja07 15-8-2013 06:08 PM
Kalau ada budak2 yang sebaya anak sendiri, dgn sendiri rasa sebak. Mohon Allah pelindung anak-anak aku. Biarla org kata aku kongkong anak dari jadi musibah mcm ini.
Quote redz85 15-8-2013 07:21 PM
sedih nya...
Quote batmana 15-8-2013 08:41 PM
ni bukan kes ajal da..
ni kes mak bapak bahlol bagi anak bawa moto kehulu hilir takde lesen..

patut sumbat aja mak bapak dorg ni dlm jail atas kecuaian..

kalu kat US, mmg confirm child service dtg melawat umah budak2 ni.. tu negara kafiq tu..ni negara islam sket2 ajal, sket2 takdir..sket2 tuhan syg dia..

kepala hotak dia!!..... diri sendiri bahlol tak jaga anak tk sedar2...
Quote jazaa 15-8-2013 08:46 PM
mak_wa95 posted on 15-8-2013 03:15 PM
takziah dan alfatihah........

Hari ni aku tak nampak hang lahar sapa2......

Takziah pd kuarga mangsa.....
Quote suka.suki 15-8-2013 08:47 PM
al fatihah.
takziah..
Quote mak_wa95 15-8-2013 09:45 PM
jazaa posted on 15-8-2013 08:46 PM
Hari ni aku tak nampak hang lahar sapa2......

Takziah pd kuarga mangsa.....

hahahaha...takut juga dengar hang kata macam tu...tapi sat ni lepas sikit2 geram dok tahan sabar....padan muka jantan2 dah kena tahan...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056206 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top