15 Ogos 2013 KINABATANGAN - Seorang warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Kampung Koyah B di sini semalam. Dia yang menyerang dengan pisau kemudiannya ditembak mati dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu. Lelaki itu dikenali sebagai Andis Tawan, 40, yang juga dipercayai sebagai penagih dadah. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata lelaki berkenaan sebelum itu telah menikam seorang lagi warga Indonesia Agus Jamal, 33, hingga mati dalam satu permainan sabung ayam di sebuah majlis perkahwinan di kampung itu pada pukul 1 petang. "Anggota polis yang menerima laporan dan pergi ke tempat kejadian kemudiannya mengesan suspek yang berada tidak jauh dari tempat permainan sabung ayam itu dan memintanya menyerah diri. "Namun dia enggan berbuat demikian, malah bertindak menyerang anggota polis yang menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan. "Polis turut menemui tiga paket plastik kecil yang disyaki mengandungi syabu dan sarung pisau di dalam beg galasnya," kata Martin ketika dihubungi hari ini. - Bernama
|
23
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
NURMIMIE: bodo nya polis neh..apasal tak tembak kat kaki je??
undark posted on 15-8-2013 03:30 PM
polis nak senang keje.. mati boleh salahkan simati berbagai2.. boleh tutup kes lapuk.. polis kita x ...
PersonaGerek posted on 17-8-2013 12:48 PM
agak kurang ilmu target gak sape yg suruh tembak kaki tu....ko igt senang ker nak tembak kak ...
PersonaGerek posted on 17-8-2013 12:48 PM
agak kurang ilmu target gak sape yg suruh tembak kaki tu....ko igt senang ker nak tembak kaki yg tengah bergerak tu...balik rumah ko cari lastik then ko try tembak kucing ko...try pilih kaki or badan...maner senang...Kalo ko jd polis tu..asyik target nak tembak kaki....kompom sekarang ko dah arwahkak ...
ADVERTISEMENT