Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meluangkan masa hampir satu jam dalam pertemuannya dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini.
Memetik laporan The Star, pertemuan secara tertutup itu diadakan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, dipercayai berkenaan pendedahan Sultan Ibrahim mengenai orang tengah yang cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang tiba kira-kira jam 8.30 pagi, dilihat meninggalkan perkarangan kondominium berkenaan sekitar jam 9.40 pagi. Dzulkifli ketika ditemui pemberita di lobi kondominium berkenaan enggan mengulas berhubung agenda pertemuan tertutup itu diadakan. Sultan Ibrahim yang meninggalkan apartmen itu juga enggan mengulas ketika ditemui. Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.- CARI
|
23
Bagus |
17
Marah |
26
Terkejut |
14
Sedih |
30
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura replied at 23-3-2017 12:32 AM
Sultan boleh bagi tan sri meh??
pyropura replied at 23-3-2017 12:32 AM
Sultan boleh bagi tan sri meh??
ADVERTISEMENT